No Image Caption

Disiplin asrama cara baharu!

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
02 Sep 2025 12:01pm

Suasana kehidupan asrama kini sememangnya mencabar kerana bermula dari rumah kedua itulah pelajar belajar berdikari, mengurus masa dan mendisiplinkan diri.

Bagi memastikan perkara itu berjalan lancar, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tampil dengan pendekatan berbeza apabila melantik veteran tentera sebagai warden asrama.

Langkah ini bukan sahaja bertujuan memperkukuh disiplin pelajar, malah memberi nilai tambah dari segi pembentukan sahsiah, semangat berpasukan, ketahanan mental dan fizikal.

Dengan pengalaman luas dalam dunia ketenteraan, kehadiran mereka diyakini mampu mewujudkan suasana lebih tersusun, selamat dan penuh nilai kepimpinan.

Persoalannya, adakah latihan bercirikan ketenteraan juga berkemungkinan dilaksanakan bagi membantu pelajar memantapkan sahsiah diri masing-masing?

Sejauh mana keberkesanan pendekatan ini dalam melahirkan pelajar yang lebih berdisiplin dan berdaya tahan masih menjadi tanda tanya.

Jom ikuti perkongsian Sinar Bestari!

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp