
Petanque bukan lagi sukan pinggiran
Sukan petanque sering dianggap mudah kerana cara permainan yang hanya membaling bola besi (boules) dengan berat sekitar 650 hingga 800 gram berdekatan cochonnet juga yang dilontarkan antara enam hingga 10 meter dalam gelanggang.
Tahukah anda, permainan santai ini bukanlah asal Malaysia tetapi dari Perancis?
Mengikut peraturan permainan, terdapat tiga kategori untuk bermain iaitu individu lawan individu menggunakan tiga boules, dua lawan dua juga dengan tiga boules dan tiga lawan tiga masing-masing dua boules seorang.
Sukan santai yang semakin popular dalam kalangan masyarakat kini juga mendapat tempat di hati mahasiswa institusi pendidikan tinggi (IPT) awam mahupun swasta.
Bukan sahaja sebagai aktiviti kokurikulum, namun ia sebagai peluang mencungkil bakat dan membina kerjaya.
Kali ini, Sinar Bestari bawakan pemain yang pernah mewakili negara dan jurulatih petanque untuk berkongsi tentang sukan berkenaan.
Jom kita selami dunia petanque yang unik dan penuh potensi!