
Semangat remaja warnai dunia kulinari
Dunia kulinari kini menyaksikan kebangkitan generasi muda penuh semangat, berani mencuba kelainan dan bersedia mencabar kelaziman demi mencipta nama sebagai cef muda berbakat.
Menerusi minat yang membara dan sokongan padu, golongan remaja bukan sahaja mahir bermain dengan rasa, malah menjadikan dapur sebagai medan kreativiti dan inovasi tanpa batas.
Menariknya, mereka hadir daripada pelbagai latar belakang, namun disatukan oleh satu impian besar iaitu menjadi tukang masak yang mengharumkan nama sendiri dan negara.
Lebih daripada sekadar memasak, kejayaan mereka adalah bukti bahawa usia muda bukan penghalang untuk mencipta kecemerlangan.
Sinar Bestari menemui beberapa cef muda luar biasa yang berkongsi kisah inspirasi mereka yang penuh liku, semangat dan cita-cita tinggi.
Jom selami dunia mereka yang penuh rasa dan warna!