No Image Caption

Tenpin boling: Terapi pelajar istimewa

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
22 Sep 2025 11:50am

Tenpin boling sering dilihat sebagai permainan santai untuk berhibur bersama keluarga dan rakanrakan.

Namun, di sebalik ketawa riang di lorong permainan itu, tersimpan nilai yang jauh lebih bermakna khususnya buat pelajar orang kurang upaya (OKU).

Setiap balingan bola bukan sekadar usaha menjatuhkan pin tetapi menjadi latihan berharga untuk meningkatkan fokus, memperkukuh koordinasi pergerakan serta melatih kawalan emosi dalam suasana yang menyeronokkan.

Lebih penting, aktiviti ini membuka ruang untuk pelajar istimewa membina keyakinan diri, menjalin interaksi positif dengan rakan sebaya dan berani mencabar potensi diri mereka.

Tenpin boling membuktikan bahawa sukan bukan hanya medium hiburan, malah berperanan sebagai terapi yang menyokong perkembangan fizikal, mental dan sosial pelajar OKU secara menyeluruh.

Dalam sisipan kali ini, Sinar Bestari menyingkap keunikan dan manfaat sukan berkenaan sekali gus menjawab persoalan sama ada ia sesuai untuk pelajar istimewa.

Jom kita lihat!

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tenpin boling dilihat sebagai permainan santai
  • Aktiviti ini berperanan besar dalam pembangunan pelajar OKU
  • Melatih fokus, koordinasi pergerakan dan kawalan emosi
  • Membuka ruang bagi pembinaan keyakinan diri dan interaksi sosial
  • Berfungsi sebagai terapi menyeluruh untuk perkembangan fizikal, mental dan sosial
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp