Cikgu Abdul Muiez (tiga dari kanan) dan Cikgu Nurulhuda (lima dari kanan) bersama pelajar SMK Sungai Besar selepas meraih anugerah dalam Simposium Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Negeri Selangor yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih baru-baru ini. Turut hadir, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (Hal Ehwal Murid) Sabak Bernam, Selangor, Jaafar Ab Rahman (tengah) yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan.