Namun secara realitinya, cabaran yang dihadapi lulusan Perakaunan semakin dinamik. Seorang penolong akauntan atau pembantu akauntan bukan lagi berperanan melakukan kerja rencam mengurus rekod dan dokumen semata-mata. Banyak tugasan tradisional melibatkan kemasukan data telah diambil alih sistem atau perisian di pasaran yang memproses lebih tepat, cepat dan produktif. Foto: Canva. Gambar kecil: Zuhaila Anida dan Profesor Madya Dr Lutfan