Guru Cemerlang ini berkarya lagi, studionya diiktiraf JPN, studio pendidikan Islam pertama di Kedah
Guru Cemerlang ini berkarya lagi, studionya diiktiraf JPN, studio pendidikan Islam pertama di Kedah

Guru Cemerlang ini berkarya lagi, studionya diiktiraf JPN, studio pendidikan Islam pertama di Kedah

Adlan Farhan Azwan
30 Dec 2020 03:09am
A
A
A

Guru Cemerlang ini berkarya lagi, studio layar hijaunya diiktiraf JPN sebagai studio pendidikan pertama di Kedah

Sebelum ini Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media Pusat Sumber Aminuddin Baki, SMK Syed Abu Bakar, Baling, Kedah, Cikgu Mohammad Noor Azlan Idris pernah mengubah bilik stor sekolah menjadi pusat akademi ALHAQ.

Kali ini beliau mencipta sejarah sekali lagi dengan mewujudkan studio green screen ALHAQ, PSS Aminuddin Baki.

Menariknya, studio ALHAQ telah diberikan penghormatan oleh SPI JPN, apabila mengiktiraf studio ini sebagai Studio Layar Hijau Pendidikan Islam pertama di Negeri Kedah.

Menurut Cikgu Mohammad Noor Azlan, kemenjadian studio ini tidak akan terhasil tanpa sokongan pentadbir, rakan-rakan guru, AKS, pembersihan dan seluruh warga sekolah.

“Sokongan Pengetua sebelum ini, Cikgu Mohd Noor Saad dan juga Pengetua sekarang, Cikgu Mohd Razis Mat Din sedikit sebanyak menyuntik semangat kami untuk menghasilkan studio ALHAQ ini.

“Walaupun kos untuk menghasilkan studio ini agak terbatas, namun kami bersyukur apabila mendapat suntikan dana sebanyak RM1,000 daripada  Exco Pendidikan merangkap ADUN Kupang, Dato Najmi Ahmad untuk proses permulaan studio baharu. Cukuplah untuk ‘set permulaan’ seperti cat plywood dan lampu,”katanya.

Tambah beliau, sebab utama tercetusnya idea untuk mewujudkan studio tersebut adalah, setelah beliau menyertai webinar penghasilan video oleh Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib anjuran SPI JPN Kedah.

“Video layar hijau pertama sehingga video ke 50, saya hasilkan menggunakan kain hijau di bilik hafazan. Bertitik tolak daripada itulah, terfikir untuk membina sebuah studio yang lengkap…,”katanya.

Ikuti kronologi wujudnya studio layar hijau ALHAQ, PSS Aminuddin Baki.

ALHAQ, STUDIO PENDIDIKAN ISLAM PERTAMA DI KEDAH

Semuanya bermula di sini dengan segala kekurangan. ALLAH permudahkan, dengan sokongan pentadbir, rakan-rakan guru, AKS, pembersihan dan seluruh warga sekolah.

3 April

Abah mulakan video pertama, rakam cara "bodo-bodo" untuk  memenuhi kelas online PKP. 15 video juga lah terhasil.

27 April

Abah sertai Webinar penghasilan video oleh Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib anjuran SPI JPN Kedah, hati meronta-ronta ingin mencuba.

29 April

Abah hasilkan video layar hijau yang pertama sehingga video ke 50 menggunakan kain hijau di bilik hafazan

16 Julai

Konsultasi Pembinaan Studio oleh SPI JPN Kedah sebagai tanda sokongan di bawah seliaan Ustaz Mohd Asrulnizam dan bimbingan Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib.

16 Ogos

Suntikan dana RM1,000 diluluskan oleh  Dato Najmi Ahmad Exco Pendidikan merangkap ADUN Kupang untuk proses permulaan studio baharu. Cukuplah untuk "set permulaan" seperti cat plywood dan lampu.

9 September

Proses naik taraf dimulakan dengan sebuah bilik yang uzur dan tidak aktif sebagai studio.

2 November

Studio ALHAQ digunakan oleh SPI JPN Kedah di peringkat negeri dan diberi penghormatan serta pengiktirafan sebagai studio layar hijau Pendidikan Islam pertama negeri Kedah.

*Studio masih kekurangan dana terutama dalam menyediakan peralatan seperti kamera, komputer dan bahan-bahan editing. Kami mengalu-alukan sumbangan serta sokongan agar berupaya menjadi sebuah studio Pendidikan Islam yang lengkap dan bermanfaat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan