271760508_6964882686887064_861634255520440785_n
271760508_6964882686887064_861634255520440785_n

“Mendidik manusia melalui sukan” - Usaha murni guru tubuh pasukan ragbi diterima baik oleh pelajar

Adlan Farhan Azwan
20 Jan 2022 05:03pm
A
A
A

Cabaran yang digalas oleh para guru di seluruh negara bukan sesuatu yang mudah. Kesanggupan dan kepayahan dalam mendidik pelajar sehinggakan terpaksa berkorban lebih masa dan tenaga bukan sesuatu yang baharu bagi guru yang sentiasa mengutamakan pendidikan anak muridnya.

Penglibatan guru dalam aktiviti harian murid-murid mampu memberi impak secara langsung kepada perkembangan jasmani dan rohani mereka.

GPSBestari tertarik dengan satu perkongsian daripada laman Facebook milik Love Lin yang bercerita tentang bagaimana dia dan suaminya mendidik pelajar melalui sukan ragbi.

Mari ikuti apa yang dikongsi oleh guru ini.

***

Kenapa cikgu buat team ragbi dan sanggup berada di padang setiap petang dan hujung minggu? Bukan awak cikgu bahasa Inggeris patut mengajar sahaja ke?

Depa tanya soalan ni kat saya. Ada juga orang terdekat kata saya buat ragbi ini sebab gila pangkat, lapar glamour dan tamak duit. Aduh, kalau terang lebih, saya menangis. Jadi emosi, sebab salah anggap tu level dewa.

Baca juga 4 kali terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Cikgu Noor Azlan kongsi rahsianya

Baca juga Pengorbanan seorang abang, sanggup berhenti sekolah demi adik

Saya buat ragbi sebab Md K. Masri iaitu suami tercinta ajak buat. Saya mula di sekolah dan kemudiannya memaklumkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum (PK KO - sekarang dia dah pencen).

Mula tu PK KO kata bahaya. Ada boleh pecah kepala. Patah kaki. Patah tangan dan macam-macam lagi. Saya kata, naik motor pun boleh jadi macam tu cikgu. Main bola sepak pun boleh jadi juga, kemudiannya dia kata kalau berani, hang buat la.

Saya balik bagitahu suami. Dia kata, kita buat dan awak cari pelajar yang berminat.

Pada awalnya saya buat dengan team perempuan. Memang cuti pun dekat padang. Gigih cari jurulatih luar untuk mantapkan team. Masa ini Hazwan Azman banyak membantu. Dia bagi banyak ilmu dekat team SMK Lunas. Bermulalah era cari friendly dan game merata.

Disingkatkan, masa awal tahun 2017, tak kenal ramai orang, maka gigihlah belajar cari ilmu nak buat game di SMK Lunas. Alhamdulillah berjaya buat game open. Dekat sini ramai dah kenal SMK Lunas sebab masa ni banyak negeri luar sertai.

Banyak juga team perempuan pergi untuk melebarkan sayap tunjuk skill depa sampai ramai suka datang ke sekolah untuk belajar main ragbi touch.

Bila pasukan perempuan banyak bawa balik medal dan trophy, PK1 (sekarang dah pencen) tanya saya, tak nak buat team lelaki ke? Saya kata boleh. Cikgu bagi saya duit buat tiang dulu. PK1 memang bagus. Dia bagi duit dan tiang pun dibangunkan.

Maka bermulalah suami saya melatih team lelaki.

Permulaan tu agak payah nak dapat dana nak bawa pemain keluar main dari padang sekolah. Join game mahupun friendly. Terpaksa kadang-kadang minta duit pelajar supaya bayar sedikit seorang (maklumlah sekolah harian dan pelajar pun ramai berlatar belakangkan keluarga yang susah). Memang kena kecam, macam-macam umpatan kena.

Yang supportive tu ada juga membantu. Alhamdulillah.

Bermula di situ, setiap minggu amat sibuk. Tidak lekat di umah. Anak-anak kami angkut. Maka dilabel gila pangkat, gila glamour dan gila duit. Padahal apa pun tidak ada.

Saya dan suami ni buat ragbi sebab kami pegang satu sahaja. Melalui ragbi (kepakaran suami) kita boleh bentuk modal insan dan kemenjadian murid. Mereka akan latih diri untuk menguasai kemahiran, berdisiplin dan berada dalam circle positif.

Memang lambat nak dapat hasil tu. Kekadang bukan setahun dua, makan masa menjadikan seorang manusia itu manusia. Percaya pada proses. Mungkin masa bersekolah depa tidak berubah. Depa akan berubah selepas itu.

Saya rasa semua orang tahu, bukan senang nak ubah seseorang. Tetapi pada kami melalui ragbi ini kami nampak perubahan mereka. Ada cepat, ada lambat.

Bila berlatih setiap petang, pelajar tidak main motor, tidak salah pilih kawan, tidak buat benda merapu. Dua jam setiap hari, boleh selamatkan satu team pelajar yang kita boleh train menjadi seorang yang teamwork, ukhuwah, kuat mental dan fizikal, tahu erti pengorbanan dan banyak lagi. Cikgu dan coach lain boleh sambung.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Jadi, menjawab soalan di atas, kami tidak dapat pangkat, glamour ataupun duit. Yang kami dapat kepuasan mendidik manusia melalui saluran sukan ragbi. Orang lain pun ada yang jauh lebih hebat daripada kami. Apa yang kami buat, sekelumit daripada tanggungjawab sosial sahaja.

Jadi cikgu ini bukan ajar subjek sahaja, kena ajar juga akhlak, kemahiran lain dan banyak lagi. Jangan nanti pelajar dah jadi engineer akhlak zero. Kita boleh terap melalui banyak cara. Ini salah satu cara yang saya mampu. Terima kasih buat sesiapa sahaja yang sentiasa membantu.

Semoga usaha murni guru-guru yang sentiasa inginkan terbaik untuk anak muridnya sentiasa diberkati dan dipermudahkan urusan.

Sumber: Facebook Love Lin

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan