Amanat Tahun Baharu 2026 Menteri Pendidikan!
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dijadualkan menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 esok bermula jam 9 pagi.
Amanat tersebut akan menyentuh pencapaian tiga tahun pelaksanaan Reformasi Pendidikan, selain menggariskan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun ini.
"Iltizam kita secara bersama adalah untuk memartabatkan pendidikan negara. Seluruh warga pendidik, ibu bapa dan masyarakat dijemput hadir secara bersemuka atau secara dalam talian. Kita jumpa pada hari Jumaat ini," katanya.
Sumber: Fadhlina Sidek
Ringkasan AI
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 esok
- Amanat tersebut akan menyingkap pencapaian tiga tahun pelaksanaan Reformasi Pendidikan dan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tahun ini
- Iltizam bersama adalah untuk memartabatkan pendidikan negara
- Warga pendidik, ibu bapa dan masyarakat dijemput hadir secara bersemuka atau dalam talian
- Amanat akan disampaikan pada hari Jumaat ini jam 9 pagi
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok