Dedah pelajar SMK Tokai latihan kebakaran

Iklan
Dedah pelajar SMK Tokai latihan kebakaran

PENDANG - Seramai 324 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai diberi pendedahan berkaitan latihan memadam kebakaran kecil oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pendang.

Pembantu Pegawai APM Pendang, Lt Norashikin Ahmad Zawawi berkata, latihan ini penting bagi memastikan pelajar mempunyai ilmu apabila berlaku kebakaran.

Iklan
Iklan

"Anggota APM turut menunjukkan demonstrasi memadam kebakaran kecil," katanya.

Selain demonstrasi, pelajar turut diberi peluang mencuba dan mempraktikkan sendiri cara memadam api.

Iklan
Iklan

"Perkara sebegini adalah sangat penting bagi memastikan mereka tidak cemas apabila kejadian sebegini berlaku," katanya.