Sekolah Vokasional Gwadar Pakistan siap dibina

Iklan
pakistan future image

GWADAR - Pembinaan Sekolah Vokasional, Gwadar Pakistan telah pun siap 1 Oktober  lalu dan dibuka dengan rasminya.

Iklan
Iklan

Projek itu hasil kerjasama di bawah Koridor China-Pakistan.

Iklan

Pengerusi Biro Hal Ehwal Pelabuhan Gwadar, Kashani pada acara perasmian itu mengucapkan terima kasih atas bantuan China.

Iklan

"Pakistan mendapat manfaat besar daripada pembinaan sumber tenaga dan infrastruktur sepanjang pelaksanaan projek Koridor China-Pakistan.

Duta China ke Pakistan, Nong Rong dalam ucapannya menerusi video berkata, dengan siapnya projek itu ia sekali gus menjadi satu lagi lambang kejayaan kerjasama di bawah Koridor China-Pakistan.

"Sekolah tersebut mampu menampung sekurang-kurangnya 1,000 pelajar untuk mendapat latihan kemahiran setiap tahun yang akan menyumbang kepada usaha memupuk modal insan tempatan berkemahiran tinggi,” katanya.

Sekolah Vokasional Gwadar mempunyai keluasan bangunan lebih 7,500 meter persegi merangkumi kelas pembelajaran, pejabat pentadbiran, bengkel praktikal, dewan serba guna dan asrama pelajar serta pensyarah. - BERNAMA