Santuni pelajar, suluh potensi masa hadapan

Iklan

DRB-HICOM raikan murid di Kluang, lengkapkan tiga sekolah dengan kemudahan mini studio TV PSS

Sebuah beg sekolah mungkin nampak sederhana, manakala sumbangan wang tunai RM200 adalah angka.

Bagaimanapun, di sebalik pemberian itu tersimpan makna yang lebih besar, iaitu keprihatinan terhadap perjalanan pendidikan dan impian anak-anak.

Iklan
Iklan

Menerusi program Inspirasi ke Sekolah, DRB-HICOM menyantuni kira-kira 450 pelajar daripada tiga sekolah terpilih di daerah Kluang, Johor dengan menyampaikan sumbangan wang tunai RM200 dan sebuah beg sekolah kepada setiap murid terpilih.

Wakil guru besar dan pengetua daripada sekolah-sekolah terpilih menerima bantuan kewangan untuk pelajar.
  

Iklan

Menariknya, ketiga-tiga sekolah berkenaan turut menerima kelengkapan mini studio TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) seperti telefon pintar, gimbal, tripod, lampu, skrin hijau dan pelbagai peralatan sokongan lain.

Kemudahan itu diharap dapat membuka lebih banyak ruang kepada murid untuk meneroka dunia penyiaran, mengasah kreativiti serta meningkatkan kemahiran menghasilkan kandungan digital.

Iklan

BERATUR... Murid-murid beratur untuk mendapatkan air Milo secara percuma

Usaha tersebut bukan sahaja membantu menyediakan keperluan persekolahan, malah menjadi tanda sokongan sektor korporat dalam memperkasa pendidikan dan melahirkan generasi yang lebih kreatif, berkemahiran serta bersedia menghadapi cabaran masa depan.