Cikgu Fir guna teknik Diorama tarik minat pelajar suka Sejarah. Ramai teruja

Iklan
da2754b9-80f2-41d9-b6e7-b0430a1867a6

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadikan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus bagi semua calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Iklan
Iklan

Kerana itu, setiap calon perlu skor dalam Sejarah sama seperti skor pada mata pelajaran yang lain.

Iklan

Dalam konteks ini, penceramah teknik menghafal sejarah, Cikgu Tuan Muhammad Firdaus Kamaruzaman berkata, tidak semua pelajar meminati subjek tersebut.

Iklan

"Saya mahu bantu pelajar suka Sejarah tanpa paksaan. Jadi, saya wujudkan teknik Diorama untuk tarik minat mereka,” katanya kepada Sinar Bestari.

Apa itu Diorama?

Menurut Cikgu Tuan Muhammad Firdaus atau Cikgu Fir, Diorama adalah satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar.

Diorama biasanya dipamerkan di dalam muzium untuk menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah atau untuk tujuan pendidikan.

Selain itu, Diorama juga disimpan sebagai koleksi seni di dalam rumah.

Diorama terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan tahap ketelitian. Diorama biasanya dibina di atas tapak khas yang dipanggil diorama base.

Minat Sejarah sejak kecil

Sejak di bangku sekolah rendah, Cikgu Fir meminati perkara berkaitan Sejarah.

"Peristiwa Perang Dunia Kedua yang berlaku 1939 hingga 1945 telah membuatkan saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang apa yang berlaku.

"Tambahan pula ayah, Kamaruzaman juga meminati minat yang sama dan kami sering bertukar pandangan berkenaan hal tersebut.

"Kerana minat, suatu hari saya menyuarakan idea kepada ayah untuk mengumpul koleksi Perang Dunia Kedua sebagai hobi.

"Bermula dengan membeli permainan kereta kebal Perang Dunia Kedua dan ditambah sedikit demi sedikit barangan permainan lain, sehingga saya dapat menjadikannya sebagai satu koleksi perang yang sangat berharga,” katanya.

Terdahulu, Perang Dunia Kedua ialah perang dunia yang telah berlangsung dari tahun 1939 hingga 1945. Konflik antarabangsa ini melibatkan sebahagian besar negara-negara dunia termasuklah semua kuasa besar yang membentuk dua pakatan tentera yang utama iaitu Kuasa Bersekutu dan Kuasa Paksi.

Dalam keadaan perang menyeluruh, ia membabitkan lebih daripada 100 juta orang anggota tentera dari lebih 30 buah negara, dengan negara-negara utama yang terlibat dalam perang ini menggunakan seluruh kemampuan ekonomi, industri dan ilmiah mereka di sebalik usaha perang, yang mengaburkan perbezaan antara sumber awam dan ketenteraan.

Perang Dunia Kedua juga merupakan konflik yang paling banyak menyebabkan kematian dalam sejarah manusia, yang telah mengorbankan kira-kira 70 hingga 85 juta nyawa, dengan lebih banyak orang awam terbunuh berbanding anggota tentera. (Sumber: Wikipedia).

Bahan pembelajaran Sejarah

Setelah menjadi penceramah Sejarah, Cikgu Fir mula menjadikan koleksi Perang Dunia Kedua itu sebagai bahan pembelajaran Sejarahnya.

"Ketika saya menyampaikan ceramah tentang Perang Dunia Kedua, ramai pelajar kurang jelas. Jadi, saya ketengahkan Diaroma Perang Dunia Kedua untuk beri mereka pemahaman yang jelas.

"Menerusi Diaroma Perang Dunia Kedua ini juga, saya akan kaitkan dengan silbus Sejarah, misalnya topik Perang Dunia Kedua (Bab Tiga, Tingkatan Empat),” katanya.

Topik Perang Dunia Kedua (Bab Tiga, Tingkatan Empat) itu menceritakan peristiwa yang berlaku pada zaman tersebut.

Cikgu Fir telah menunjukkan pada pelajar model Perang Dunia Kedua melalui koleksi Diorama yang telah disediakan.

Perkara ini menambah minat pelajar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan fakta Sejarah.

Di samping itu juga, Cikgu Fir turut berkongsi video peristiwa zaman tersebut yang diambil menerusi sumber YouTube bagi mengukuhkan fakta.

"Bila saya guna cara ini, saya dapat lihat pelajar mula meminati Sejarah dari masa ke semasa.

"Ini dapat dilihat ketika saya mengadakan seminar, pelajar yang datang mencecah ribuan orang dalam sesebuah program,” ujar beliau.

Layari Facebook cikgu Fir, Telegram Ooyeahh Studio dan YouTube Ooyeahh Studio untuk perkongsian lebih lanjut berkenaan mata pelajaran Sejarah.

Artikel berkaitan 

Penjagaan suara kalangan guru-guru, ini tip penting yang perlu dititikberatkan

SK Larkin 2 bawa 102 orang timba ilmu sejarah menerusi filem epik Melayu, Mat Kilau

Murid Tahun 6, ini panduan lengkap menyiapkan kerja kursus Sejarah 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok