Pertandingan robotik tarik peserta muda

Iklan
Pertandingan robotik tarik peserta muda

Iklan
Iklan

PERLIS - Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2017 peringkat Perlis diadakan 5 Ogos lalu bagi memilih pasukan yang akan mewakili Perlis ke peringkat kebangsaan tidak lama lagi. 

Iklan

Pertandingan yang diadakan di Dewan Ilmu, Universiti Malaysia Perlis UniMAP Kampus Pauh Putra itu dianjurkan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan SASBADI Holdings Berhad, dan dengan julung kalinya Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekatronik, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi penganjur bersama untuk 2017.

Iklan

NRC merupakan pertandingan robotik khusus untuk pelajar sekolah rendah dan menengah berusia 7 hingga 19 tahun. Program ini telah dianjurkan di Malaysia sejak 2005 lagi.

Objektifnya untuk memupuk minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem); mengasah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif di samping melatih murid bekerjasama dalam satu pasukan untuk menyelesaikan cabaran disediakan.

Sementara itu, sebanyak 30 pasukan dari sekolah-sekolah rendah dan menengah sekitar Perlis telah mengambil bahagian dalam 10 kategori dipertandingkan, termasuk kategori regular – pro, kategori regular – rookie, kategori terbuka dan NRC Football. 

Antara pemenang (tempat pertama) termasuklah; kategori regular sekolah rendah – pro: SRJK(C) Hwa Aik; kategori regular sekolah menengah rendah – pro: SMK Arau; kategori regular sekolah menengah atas – pro: SMK Arau; kategori terbuka sekolah menengah rendah: SMK Tuanku Lailatul Shahreen; kategori terbuka sekolah menengah atas: SMK Putra dan kategori NRC Football: SK Seri Perlis. 

Antara rekaan robot-robot yang digunakan dalam pertandingan.

 

'

Panel pengadil mengadili pembentangan SMK Mata Ayer bagi kategori terbuka.

Pertandingan kategori regular sekolah rendah yang dilaksanakan.

 

Pemenang peringkat kebangsaan akan mewakili Malaysia ke World Robot Olympiad (WRO) di San Jose, Costa Rica, Amerika Tengah pada November kelak. 

1)"Meskipun pasukan kami tidak menang, saya gembira kerana dapat menimba pengalaman berharga dan berhasrat untuk menyertainya lagi tahun hadapan." 

- Syaza Nisrina Mohamad Suhaizal, 11, Sekolah Rendah Islam III, Perlis  

Syaza Nisrina

2)"Ini kali pertama kami menghantar penyertaan ke kategori regular sekolah menengah atas. Memperoleh dana daripada TM Berhad bagi membantu mengurus pasukan robotik. Harapan sebagai mentor tentulah mahu pasukan robotik sekolah menyerlah bukan sahaja di peringkat negeri, malah ke antarabangsa."

- Norashikin Hasan dan Juraidah Mat Jelani, Guru Teknologi Maklumat, SMK Arau, selaku mentor pasukan.

3)"Sebagai mentor, rasa sangat bersyukur dapat diberi kesempatan dan pengalaman dalam membimbing dan membawa pasukan ke NRC 2017 peringkat Perlis. Terima kasih kepada penganjur atas penganjuran pertandingan ini."

- Zubir Zulkefli dan Norazam Hashimudin, Guru Pembimbing, Kelab Robotik, SRK Seri Indera selaku mentor pasukan