Buat pelajar, ikuti tip kesihatan ini agar terus bersemangat

Iklan
amoon-ra-n8vDuIpGb0c-unsplash (1)

Semua orang faham, kehidupan sebagai pelajar mempunyai cabarannya yang tersendiri.

Iklan
Iklan

Mereka perlu mengimbangkan antara kurikulum yang mencabar, kehidupan sosial dan juga beberapa komitmen peribadi.

Iklan

Mungkin ada yang sampai mengabaikan kesihatan diri sendiri. Namun jika terus mengabaikan kesihatan, pastinya banyak perkara yang tidak baik pada kemudian hari.

Iklan

Oleh itu, mari ikuti 10 tip kesihatan kesihatan di bawah untuk memastikan anda kekal di puncak prestasi sepanjang pengajian di universiti.

1. Pemakanan yang seimbang

Bagi pelajar yang tinggal di dalam kampus, perkara ini mungkin sukar tetapi ia lebih mudah jika dipecahkan kepada beberapa bahagian. Cuba ikut beberapa prinsip mudah seperti: selalu bersarapan pagi, jangan sesekali melangkau waktu makan dan mengambil makanan ringan secara berkala untuk mengelakkan rasa lapar.

Seimbangkan pemakanan dengan memastikan jumlah buah, sayur-sayuran, bijirin, produk tenusu dan protein berada dalam kuantiti yang betul.

2. Bersenam

Menjaga kesihatan badan dan bentuk badan adalah penting. Namun jangan pula melebih-lebih!

Jika mahu pergi ke kelas, sebaiknya pergi dengan berjalan kaki, libatkan diri dengan kelas yang melibatkan kecergasan fizikal atau ambil tahu kemudahan-kemudahan kampus yang boleh digunakan oleh pelajar.

3. Dapatkan tidur yang cukup

Mungkin susah untuk memastikan perkara ini, lebih-lebih lagi jika kerja kursus yang diberikan pensyarah adalah terlalu banyak, atau melakukan perkara-perkara lain yang perlu diselesaikan pada waktu malam.

Namun tidur yang cukup adalah amat penting bagi seorang pelajar untuk memastikan kesihatan diri sentiasa dijaga. Bagi seorang pelajar, waktu tidur yang disyorkan adalah tujuh hingga sembilan jam setiap malam.

4. Jangan merokok

Kami pasti anda selalu dengar ayat ini,"Merokok membahayakan kesihatan”. Oleh itu sila la berhenti segera.

5. Elakkan minuman berkafein dan bergula

Makanan yang tinggi protein dan serat jauh lebih baik untuk badan dalam jangka masa panjang berbanding minuman berkafein dan bergula selalu dilihat sebagai pilihan utama yang bagus untuk belajar larut malam sehingga anda mendapat kesan sampingan di kemudian hari.

6. Banyak minum air

Pastikan badan sentiasa terhidrasi kerana ia akan memberi lebih banyak tenaga sepanjang hari, mengelakkan daripada makan secara berlebihan dan juga membantu dalam mengekalkan konsentrasi.

7. Kekal tenang

Tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya, pastikan rutin kesihatan sentiasa dijaga dan luangkan masa untuk melakukan aktiviti yang diminati seperti hobi, bersosial dengan rakan dan juga bersenam.

Sumber: fastweb.com

8 tip penjagaan buku, Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam

Rahsia tersembunyi pelajar cemerlang, berikut 9 perkara dikongsi mereka

Menjaga adab dengan al-Quran, guru dan pelajar boleh jadikan tip ini sebagai rujukan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok