Perkukuh kolaborasi industri dan universiti dalam pembangunan bakat

Iklan
Untitled design

Pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak awal tahun 2020 menyaksikan impak yang besar terhadap pelbagai sektor.

Iklan
Iklan

Dalam mendepani pasca Covid-19, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 dirancang untuk memulihkan pertumbuhan ekonomi, menangani cabaran sosio-ekonomi dan meningkatkan daya saing negara untuk menjadi pemain yang lebih berdaya tahan dan lestari dalam pentas dunia.

Iklan

Ia juga merupakan pelan jangka sederhana dengan objektif 'Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan', sebagai permulaan kepada fasa baharu dalam hala tuju pembangunan negara – Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Iklan

Pembangunan bakat merupakan elemen penting dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi.

Oleh itu, sistem pendidikan di negara ini perlu mempunyai keupayaan untuk menghasilkan modal insan berkualiti, serta berkemahiran tinggi, bagi memenuhi kehendak industri.

Melalui RMK-12, tumpuan harus diberikan kepada usaha dalam menambah baik sistem pendidikan negara, serta menangani isu ketidakpadanan dalam pasaran pekerjaan.

Dokumen RMK-12 juga menggariskan beberapa langkah utama bagi mencapai tujuan tersebut, antaranya melalui pengukuhan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), memperkasa projek Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), mewujudkan sistem pendidikan tinggi yang fleksibel, memperkenalkan pelan pendidikan digital di peringkat sekolah dan pengajian tinggi serta menaik taraf kemudahan universiti awam.

Baca juga Buat pelajar, ikuti tip kesihatan ini agar terus bersemangat

Baca juga Kemahiran pemain berbeza ikut posisi, perlu kekalkan stamina dan kecergasan ketika di padang

Pendidikan berkualiti

Pendidikan yang berkualiti adalah penting bagi memastikan pelajar yang dihasilkan memenuhi standard yang diperlukan terutamanya oleh industri.

Dalam konteks pengajian tinggi, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dalam memperkukuh kolaborasi antara industri dan akademia.

Antaranya ialah melalui program dua tahun di university, dua tahun dalam industri (2u2i) dan tiga tahun di university, satu tahun dalam industri (3u1i).

Program seperti ini sangat signifikan dalam memberikan pendedahan pengalaman kerja yang lebih luas kepada para pelajar.

Selain itu, pelbagai langkah boleh diambil dalam mempertingkatkan kerjasama dengan industri bagi menambah baik kualiti graduan dan memenuhi keperluan industri. Ini termasuklah mempelbagaikan laluan pendidikan dan latihan.

Hal ini boleh dimanifestasikan melalui pelaksanaan latihan industri yang berstruktur.

Sebagai contoh, penempatan pelajar latihan industri di Lecka-Lecka Ice Cream, syarikat pengeluar aiskrim Itali yang beroperasi di Malaysia. Program ini adalah kerjasama dengan Centre of Industry Relations and Networks (CiRNeT), Universiti Putra Malaysia (UPM).

Syarikat tersebut akan melatih bakal-bakal graduan bagi melayakkan mereka untuk menjadi Pengurus di outlet Lecka-Lecka seluruh Malaysia.

Oleh itu, latihan industri berstruktur ini boleh memberikan pengalaman dan kemahiran kepada bakal graduan yang terpilih.

Namun begitu, dasar latihan industri juga harus ditambah baik bagi memastikan pelajar mendapat pendedahan industri yang sewajarnya.

Baca juga Mahu sambung ijazah sarjana, ini 22 perkara yang perlu pelajar peka dan beri perhatian

Baca juga Guru cemerlang Kimia terima anugerah antarabangsa

Ikuti program kelayakan

Dalam pada itu, pelajar juga digalakkan untuk mengikuti program kelayakan dan pensijilan profesional sebagai persiapan untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik.

Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), penawaran Kursus Persijilan Profesional Ulul Albab kepada pelajar yang bermatlamat memberikan pendidikan seimbang dunia dan ukhrawi seterusnya berpotensi melahirkan golongan profesional dan teknokrat yang memiliki pelbagai kemahiran ilmu.

Selain itu, Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) menawarkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia untuk pelbagai kursus dalam memperkasakan TVET.

Sebagai tambahan, bengkel pengaturcaraan seperti SPSS, Advanced Excel, Matlab, Maple dan Risk Simulator, anjuran badan-badan profesional juga boleh memberikan nilai tambah serta mengasah kemahiran pelajar sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.

Dengan ini, para pelajar dapat memperluaskan pengetahuan, meningkatkan kemahiran sedia ada dan mengaplikasikannya di dalam industri.

Seterusnya adalah melalui penawaran program transdisciplinary.

Ia melibatkan penggabungan bidang pengetahuan merentas disiplin yang akan berkembang menjadi bidang pengetahuan yang baharu. Contohnya Sarjana Muda Terapi Muzik, Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dan Sarjana Muda Bioinformatik.

Langkah ini membolehkan institusi pengajian tinggi (IPT) menawarkan lebih banyak kurikulum yang fleksibel dan dinamik serta boleh dikemas kini dan disesuaikan mengikut permintaan industri.

Oleh itu, penyusunan semula program sedia ada adalah digalakkan dalam menerapkan pendekatan yang lebih inovatif.

Dalam pada itu, pendidikan keusahawanan harus dipertingkatkan dalam membudayakan nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Pada tahun ini, Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021-2025 dan Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu KPT telah dilancarkan sebagai sumber rujukan utama kepada IPT untuk menyediakan program pendidikan keusahawanan yang berstruktur dan menyeluruh kepada pelajar.

Dalam hubungan ini, universiti bukan sahaja tempat bagi sektor swasta/awam untuk meninjau dan menarik bakat malah ia juga merupakan pasaran yang membolehkan syarikat mempromosi jenama, produk dan perkhidmatan mereka.

Dengan ini, syarikat-syarikat berupaya meningkatkan keterlihatan produk, perkhidmatan dan jenama mereka, selain sentiasa menjadi sebutan dalam kalangan warga universiti, jaringan global universiti dan tenaga kerja masa depan.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Di samping itu, kerjasama IPT dengan pemain industri dalam aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi boleh dipergiatkan.

Usaha ini akan mendorong kepada pembiayaan dan pelaburan yang lebih baik daripada industri dan seterusnya menyumbang kepada kadar pengkomersialan dan inovasi yang lebih tinggi.

Hal ini boleh dilaksanakan dengan peruntukan dana melalui geran penyelidikan untuk mempertingkat serta membangunkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan penyelidikan, termasuk membangunkan sistem pengurusan penyelidikan bagi menyokong aktiviti penyelidikan di IPT.

Kesimpulannya, kolaborasi industri dan universiti memainkan peranan yang sangat besar dalam pembangunan modal insan dan pembangunan bakat di negara ini.

Selain menyediakan peluang pengajian berkualiti, kerjasama ini bakal melahirkan graduan berpengetahuan, berinovatif dan mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi serta dapat mengaplikasikan ilmu mereka di dalam dunia pekerjaan sebenar.

Maklumat Penulis

Dr Wan Mohd Nuzul Hakimi Wan Salleh merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).