3 tip tanam minat pelajar dalam bidang robotik
Iklan
Penekanan ilmu robotik dalam pendidikan hari ini dilihat penting dalam usaha memupuk minat dan menggalakkan pelajar-pelajar menerokai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik secara lebih menyeluruh.Menurut Pensyarah di Sekolah Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, Profesor Madya Ir. Dr. Mohd Ridzuan Ahmad, 45, seiring dengan matlamat kerajaan meningkatkan taraf pendidikan dengan mengintegrasikan dunia pendidikan dengan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT), Sains, Teknologi dan Inovasi, penting bagi seseorang pelajar berfikiran kreatif untuk menghasilkan pelbagai ciptaan produk yang inovatif, baharu dan berimpak tinggi.[caption id="attachment_28257" width="400"] Mohd Ridzuan Ahmad[/caption]Tambah beliau, ini secara tidak langsung membolehkan pelajar-pelajar bersaing di peringkat tempatan dan juga antarabangsa."Penekanan ilmu robotik dalam sistem pendidikan hari ini bukan sahaja memperkukuhkan konsep pembelajaran Sains dan Matematik tetapi kaedah ini juga membantu pelajar membina kemahiran terbaik, seiring Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21)."Robotik merupakan kaedah terkini yang dilihat berkesan sebagai alat pengajaran yang turut memperkenalkan pelajar dengan kurikulum kejuruteraan dan teknologi."Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah antara contoh kemahiran yang perlu pelajar kuasai. Dengan pemikiran inovatif membolehkan mereka meraih pelbagai kejayaan membanggakan di peringkat global," ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.Tambah Dr Mohd Ridzuan lagi, pembelajaran robotik seharusnya dimulakan seawal peringkat sekolah rendah malah tidak ada salahnya sekiranya ia dimulakan dari peringkat pra sekolah.Bagaimanapun pengajaran dan pendekatan akan diajar dengan cara yang berbeza mengikut peringkat usia. Dengan ini ia dapat memperkemaskan tumpuan dan minat mereka.Berbicara pula mengenai manfaat yang diperolehi daripada pembelajaran robotik ini, Dr Mohd Ridzuan menjelaskan, ia tidak boleh dilihat dalam tempoh masa yang singkat sebaliknya mengambil masa dan secara berperingkat.Ini kerana tutur beliau, pemikiran akan dirangsang secara perlahan-lahan untuk menjadi lebih sistematik dan berstruktur dalam menyelesaikan sesuatu masalah."Motor halus adalah kemampuan pergerakan membabitkan otot kecil, koordinasi mata dan tangan. Saraf motor halus dapat dilatih dan dikembangkan melalui kegiatan dan rangsangan secara rutin."Memegang, menyusun dan berfikir dapat meningkatkan kemampuan motor halus kepada pelajar-pelajar atau anak-anak dan sekali gus memperlihatkan keterampilan imaginasi dalam menghasilkan rekaan robot kerana untuk mendapatkan hasilnya mereka perlu berfikiran kreatif."Memakan masa yang lama untuk menyelesaikan sesuatu masalah pula akan menjadikan mereka ini lebih sabar dan tekun dalam membuat sesuatu projek sehingga ke akhirnya," katanya.Pokok pangkalnya, Dr Mohd Ridzuan memberitahu, minat adalah elemen penting dan ia perlu ada dalam setiap apa juga perkara yang dilakukan.Untuk itu, beliau turut berkongsi tiga tip dengan GPSBestari untuk menanam minat bidang robotik terhadap pelajar.[caption id="attachment_28258" width="600"] Robotik merupakan kaedah terkini yang dilihat berkesan sebagai alat pengajaran.[/caption]
- Pencetus minat
- Minat yang mendalam
- Perkembangan minat