hussein ump
hussein ump

Minat robotik sejak sekolah rendah, dorong siswazah gondol 2 anugerah dalam dan luar negara

Rasyidah Zulkifi
11 Aug 2022 11:02am
A
A
A

Tidak hairanlah jika Hussein Al-Faiz Mohamed Ahmed Hafez, 26, meraih anugerah Kecemerlangan UMW Holdings Berhad dan Verein Deutscher Ingeniure Award Association of German Engineers (VDI) pada Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Malaysia Pahang (UMP). Ini kerana siswazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Automotif - (Program Kerjasama UMP dengan University of Applied Sciences, Jerman) itu mempunyai minat dalam bidang robotik sejak berada di sekolah rendah.

Lebih mesra disapa Hussein, penganugerahan itu disifatkan sebagai pendorong kepada dirinya untuk terus mencapai kejayaan pada masa akan datang.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga tersayang kerana sentiasa memberi semangat untuk menghabiskan pengajian saya.

“Tidak dilupakan juga kepada barisan tenaga pengajar dan rakan-rakan yang membantu serta memberikan kata-kata semangat semasa saya sedang tertekan,” katanya yang turut berkongsi pengalaman ketika berada di Jerman apabila dunia dilanda Covid-19.

Sambungnya, pada waktu itu universiti ditutup akibat ‘lockdown’ dan kesemua kelas dijalankan secara dalam talian.

Lebih sukar apabila kelas yang dijalankan oleh pensyarah mata pelajaran yang bertugas dalam Bahasa Jerman.

“Disebabkan itu saya perlu membuat persiapan yang proaktif dan intensif kerana cuma ada peperiksaan akhir sahaja di mana 100 peratus markah adalah bergantung kepada penilaian tersebut dan berbahasa Jerman.

“Apa yang saya lakukan adalah mengulangi semula rakaman video pensyarah dan melakukan terjemahan terhadap input yang disampaikan semasa di dalam kelas,” ujarnya yang turut belajar berkumpulan bersama kawan baiknya, Alyxie Anthony, selain cuba menjawab soalan peperiksaan tahun lepas.

Di samping itu, Hussein berharap UMP akan meneruskan program dwi ijazah dan memberikan lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar untuk menyambung pengajian di luar negara.

Selain Hussein, seorang lagi penerima VDI Award Association of German Engineers dianugerahkan kepada Ng Jin Yun yang kini sedang melanjutkan pengajian di Jerman.

Artikel berkaitan

Minat sambung diploma di IPTS, mohon segera wang pendahuluan PTPTN 

Tingkat pertahanan diri dengan silat sejak sekolah rendah 

Karya filem pendek pelajar MMU bakal ditayang di luar negara 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan