Dua inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya (SMAPUTRA) dinobatkan sebagai johan bagi pertandingan Project Based Learning (PBL) bersempena Majlis Konvensyen Pendidikan Putrajaya 2021, baru-baru ini.
Inovasi itu adalah Signalton 1M dan Penghalau Nyamuk Mudah Alih (PeNyaMAN) di mana masing-masing memenangi johan PBL Kategori Akademik dan Kokurikulum.
Signalton 1M merupakan inovasi yang sesuai digunakan ketika pandemik Covid-19 kerana fungsinya yang berbeza.
[caption id="attachment_28308" width="600"] Inovasi Signalton 1M yang memenangi johan PBL Kategori Akademik pada pertandingan PBL bersempena Majlis Konvensyen Pendidikan Putrajaya 2020.[/caption]
Guru pembimbing merangkap guru subjek Reka Bentuk dan Teknologi iaitu Cikgu Nor Hazwani Mat Isa berkata, fungsi Signalton 1M adalah mengeluarkan bunyi apabila si pemakai berada kurang daripada 1 meter dengan individu lain.
"Kita perlu mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19. Kerana itu, Signalton 1M akan memberi syarat kepada pemakai jika berada kurang daripada jarak tersebut.
"Penggunaan yang konsisten dapat memastikan pematuhan penjarakan fizikal dalam kalangan masyarakat dan ia dapat dicapai secara optimum,” katanya yang bergading bahu bersama Cikgu Alhana Awang.
Baca juga 8 adab berdoa untuk pelajar amalkan sebelum ujian atau peperiksaan berlangsung
Baca juga Rahsia kejayaan Uyaina Arshad sebagai pengacara, para pelajar mohon hadam dan fahamkan
Signalton 1M dihasilkan pelajar Tingkatan Satu hingga Empat. Mereka ialah Muhammad Azimuddin Bahrul Shah 13, Naufal Adam Muhamad Ruzaini 14, Ayn Qistina Ahmad Riza, 15, dan Siti Aisyah Muhamad Norazam, 16.
[caption id="attachment_28309" width="600"] Empat pelajar SMAPUTRA yang menghasilkan inovasi Signalton 1M.[/caption]
Objektif produk untuk mengenal pasti masalah masyarakat terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) dan menggabungkan dengan standard pembelajaran dan kandungan mata pelajaran yang dipelajari.
Terdahulu, Konvensyen Pendidikan Putrajaya 2021 yang diadakan secara dalam talian, dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO).
Ia diadakan bagi mewujudkan kerjasama organisasi dan meningkatkan profesionalisme sektor perguruan daripada aspek pedagogi dan amalan terbaik Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
Konvensyen itu adalah satu pengiktirafan terhadap sumbangan dan kecemerlangan warga pendidik yang bertugas di Putrajaya serta membuka ruang kepada mereka meningkatkan pengetahuan bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
Bagi pertandingan PBL yang merupakan salah satu slot dalam Konvensyen Pendidikan Putrajaya 2021 itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar dengan bimbingan guru dalam menghasilkan projek berasaskan hasil pembelajaran yang dijalankan sepanjang proses PdPR.
Ia juga bertujuan memupuk minat pelajar dalam menghasilkan projek atau inovasi dan secara langsung mencungkil bakat dan semangat kerjasama dalam kalangan mereka.
PeNyaMAN bantu ahli perkhemahan
Bagi inovasi PeNyaMAN pula, ia dicipta dengan tujuan membantu ahli kelab yang sering kali berhadapan gangguan nyamuk semasa aktiviti perkhemahan.
Produk ini menggabungkan penciptaan mesin peresap (diffuser) mudah alih dan ekstrak pati kulit limau.
Mesin peresap (diffuser) mudah alih ini berupaya menghasilkan wap udara penghalau serangga melalui proses pengewapan.
Ia menggunakan bekalan kuasa bateri solar yang juga merupakan suatu produk mesra alam dan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/
PeNyaMAN dihasilkan oleh pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat iaitu Amirah Nabilah Mohd Izhar, Nur Sabrina Kasim, Puteri Afrina Shahizuzzinni dan Rohayu Muhammad Ishar.
Dua guru pembimbing iaitu Cikgu Dr Roslan Yaakub dan Cikgu Shafarahanim Haruddin selaku guru PRS bertanggungjawab membantu pelajar mencipta produk berkenaan.
Ditanya mengenai pertandingan PBL ini, Cikgu Dr Roslan berkata, ia memberi impak besar kepada guru, pelajar dan juga masyarakat.
"Pertandingan PBL perlu dilaksanakan setiap tahun bersama-sama Konvensyen Pendidikan seperti ini kerana ia dapat mencetuskan idea baharu tentang pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang mampu menghasilkan pelajar berilmu pengetahuan, berteknologi dan berakhlak mulia selari pendidikan 5.0.
"Di samping itu, manfaat yang diperoleh melalui penganjuran Konvensyen Pendidikan ini juga dapat membina jaringan sokongan dan hubungan intelektual dua hala dengan warga pendidik di peringkat akar umbi hinggalah kepada pihak pengurusan tertinggi,” ujarnya.