Mungkin ramai kalangan kita tidak mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah penciptaan kereta.
Siapa yang menciptanya? Dari mana ia bermula? Bagaimana asal usulnya?
Menurut sejarah, kereta ialah kenderaan bertayar empat.
Pada masa dahulu, ia dikenali sebagai kenderaan bermotor kerana 'motor' merujuk kepada enjin. Perkataan 'kereta' pula pinjaman daripada bahasa Portugis, carreta. Ia direka khas untuk bergerak dan mengangkut penumpang serta membawa barangan.
Minggu ini GPSBestari kongsikan sebahagian sejarah dan susur galur sebuah kereta dihasilkan. Ikuti kisahnya.
- Pada tahun 1769 kereta pertama telah berjaya dicipta Nicolas Joseph Cugnot. Kereta ciptaan beliau dikuasakan oleh enjin stim ataupun dikenali sebagai enjin pembakaran luar. Ia bermaksud bahan api dibakar di luar silinder enjin. Sebagai contoh bahan api yang digunakan ialah arang batu.
- Pada tahun 1807 Francois Isaac de Rivaz telah berjaya mencipta kereta enjin pembakaran dalam yang pertama dengan menggunakan bahan api hidrogen serta dibakar di dalam silinder enjin.
- Pada tahun 1864 Siegfried Marcus telah berjaya mencipta enjin pembakaran dalam yang pertama dengan menggunakan bahan api petrol.
- Pada tahun 1886 Karl Benz telah mereka, membina dan membangunkan kereta praktikal pertama yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalam.
Baca juga Bukan kali pertama, ini 4 kes buli sehingga menyebabkan kematian yang pernah berlaku di Malaysia
Baca juga Pisahkan anak daripada gajet, Ustazah Aminah kongsi 6 tip mudah untuk mak ayah lakukan
Jenis-Jenis Kereta
- Sedan
2. Hatchback
3. SUV
4. MPV
5. Convertible
6. Coupe
7. Hybrid
8. Van
9. Wagon
10. Luxury
11. Jeep
12. Offroad & 4x4
Kereta NGV
Kereta NGV adalah kenderaan berenjin pembakaran dalam konvensional. Perbezaan yang ketara, ia menggunakan bahan api gas asli (natural gas) dan bukannya petrol.
Perkataan NGV itu sendiri adalah singkatan bagi Natural Gas Vehicle (kenderaan gas asli).
Bagi kenderaan yang asalnya berenjin petrol, maka sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan untuk menyesuaikannya dengan sistem NGV.
Kebiasaannya harga bahan api gas asli adalah lebih murah berbanding petrol. Selain itu juga kenderaan NGV lebih bersih dan kurang pencemaran bagi pelepasan gas ekzos.
Kesan positif pembakaran bahan api yang lebih bersih telah menyebabkan kenderaan NGV kurang penyelenggaraan bagi penukaran minyak enjin.
Kereta Hybrid
Ramai yang tersilap anggap mengatakan kenderaan hybrid adalah kenderaan elektrik. Ini adalah fakta yang salah. Kenderaan hybrid sebenarnya adalah sejenis kenderaan yang dipacu lebih daripada satu enjin penggerak.
Seperti juga kenderaan konvensional, kenderaan hybrid mempunyai enjin pembakaran dalam yang biasa kita ketahui.
Bagaimanapun, kenderaan hybrid turut dipacu motor elektrik yang memperoleh sumber tenaga daripada bateri yang didatangkan bersama-sama kenderaan. Gabungan enjin konvensional dan motor elektrik telah menyebabkan kenderaan hybrid dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding kenderaan biasa.
Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/
Kereta Elektrik
Sesuai dengan namanya, kereta elektrik adalah sejenis kenderaan yang digerakkan oleh motor elektrik.
Kenderaan ini memperoleh bekalan tenaga elektrik daripada bateri yang boleh dicas semula.
Senarai kereta buatan Malaysia sehingga 2015/2016
Buatan Proton
- Proton Saga
- Proton Saga Aeroback
- Proton Saga Magma
- Proton Saga MegaValve
- Proton Saga Iswara
- Proton Saga LMST
- Proton Wira
- Proton Wira Aeroback
- Proton Wira SE
- Proton Satria
- Proton Satria GTi
- Proton Perdana
- Proton Perdana V6
- Proton Putra
- Proton Tiara
- Proton Waja
- Proton Juara
- Proton Arena
- Proton Gen-2
- Proton Pesona
- Proton Savvy
- Proton Satria Neo
- Proton Satria Neo CPS
- Proton Pesona SV
- Proton Saga BLM
- Proton Saga FL
- Proton Saga FLX
- Proton Exora
- Proton Inspira
- Proton Preve
- Proton Suprima S
- Proton Iriz
- Proton Perdana PRM
Buatan Perodua
- Perodua Kancil
- Perodua Rusa
- Perodua Kembara
- Perodua Kenari
- Perodua Kelisa
- Perodua Myvi Generasi Pertama
- Perodua Viva
- Perodua Nautica
- Perodua Alza
- Perodua Myvi Generasi Kedua
- Perodua Axia
- Perodua Bezza
Sumber: Blog Teratak Info