Industri automotif semakin mendapat sambutan, pelbagai program berkaitan ditawarkan IPT
Iklan
Industri automotif tempatan menjadi sektor utama dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada tenaga kerja muda di negara ini.Kursus-kursus yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) baik awam mahupun swasta adalah bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri automotif global.Dengan penawaran kursus-kursus ini ia dilihat membantu negara merealisasikan hasrat menjadi hab pekerja kemahiran tinggi.Tidak dinafikan automotif adalah antara bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang mendapat sambutan memberangsangkan serta melahirkan usahawan berjaya.Untuk itu, kita perlu memberi tumpuan kepada dua elemen utama iaitu melahirkan tenaga kerja profesional serta berkemahiran.Dalam apa jua bidang, kemahiran adalah kunci kepada perkembangan kerjaya dan tiada satu pun sektor pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran.Hari ini bidang kemahiran mampu melahirkan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi dalam pendidikan.Sehubungan itu, ini adalah waktu terbaik untuk pelajar-pelajar merebut peluang mempelajari pelbagai kemahiran baharu sebagai persediaan mendepani perubahan corak pasaran kerja akan datang.Bagi melahirkan graduan yang kekal relevan, IPT perlu memainkan peranan penting untuk melengkapkan mahasiswa dengan pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan tuntutan pasaran kerja masa hadapan.Sehubungan itu, kali ini GPSBestari menyenaraikan antara IPT tempatan yang menawarkan kursus-kursus automotif untuk pengetahuan bersama.Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)i.IKTBN Bachok, KelantanIKTBN Bachok menawarkan Sijil Lanjutan Teknologi Automotif pengkhususan penyelenggaraan kereta, kenderaan perdagangan, jentera berat dan semburan cat.
- IKTBN Temerloh, Pahang
- IKTBN Chembong, Negeri Sembilan
- IKBN Kuala Perlis, Perlis