Berpengalaman 27 tahun sebagai pendidik, Cikgu Abdullah guna pendekatan berbeza ajar pelajar Tingkatan 6

Iklan
Untitled (12)
Mula berkecimpung dalam bidang perguruan sejak tahun 1993 sudah cukup untuk menjadikan guru di Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam, Selangor, Cikgu Abdullah Ali seorang yang sangat berpengalaman dalam dunia pendidikan.Buktinya, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan antaranya Jurulatih Utama bagi Mata Pelajaran Pengajian Am Negeri Selangor, diberi tanggungjawab sebagai Moderator Kolokium Pendidikan Kebangsaan Tingkatan Enam Kali Pertama dan Penyampai bagi Rancangan DidikTV untuk slot Road To Success STPM 2020 secara langsung di NTV7.Terkini Cikgu Abdullah merupakan Penolong Kanan Kokurikulum di Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra.Berkongsi mengenai detik awal perjalanan sebagai pendidik, guru yang berasal dari Tanjong Karang, Selangor, itu berkata, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kuda, Klang, Selangor, adalah sekolah pertama beliau memulakan khidmat sebagai guru selepas menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru."Saya kemudian memilih untuk mengajar di Tingkatan Enam sebagai guru mata pelajaran Pengajian Am pada tahun 2003 sehinggalah sekarang kerana saya sukakan cabaran sekali gus melengkapkan pengalaman mengajar bermula daripada murid Tahun 1 hinggalah kepada pelajar prauniversiti," katanya kepada GPSBestari, baru-baru ini.Raih pelbagai anugerahSelain menyandang pelbagai jawatan, Cikgu Abdullah juga turut cemerlang dalam profesion sebagai guru Tingkatan Enam apabila mendapat pelbagai anugerah termasuklah Pembentang dan Kajian Tindakan Terbaik Peringkat Kebangsaan dalam Kolokium Pendidikan Kebangsaan Tingkatan Enam Kali Ke-2 di Pulau Pinang pada tahun 2018.Menceritakan mengenai pendekatan pengajaran yang digunakan dalam mendidik pelajar-pelajar Tingkatan Enam, anak sulung daripada enam adik beradik itu berkata, pelajar adalah"pelanggan" bagi seorang guru.Menurut beliau, sebagai individu yang menawarkan perkhidmatan, guru perlu bijak menarik minat pelajar dan kaedah pengajaran yang diterapkan dalam setiap pengajaran adalah berpusatkan pelajar."Guru hanyalah sebagai pemudah cara. Pelajar dibimbing bagaimana untuk mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber dan membuat pembentangan."Saya juga menggunakan konsep guru muda dalam pengajaran. Ini akan memberi fokus kepada pelajar yang dapat menguasai sesuatu topik dan mereka akan membantu rakan-rakan yang lemah atas bimbingan dan nasihat guru.[caption id="attachment_28846" width="400"] Cikgu Abdullah bersama Pengetua, Rahmat Mardi semasa Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor Tahun 2021.[/caption]"Hal ini membolehkan pelajar lebih fokus dan dapat menguasai sesuatu topik dengan lebih mendalam sekali gus meningkatkan penguasaan dan pencapaian mereka dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)," ujarnya.Kaedah PdPDitanya mengenai perbezaan mengajar pelajar peringkat menengah berbanding prauniversiti, kongsi Cikgu Abdullah pendekatan yang digunakan haruslah berlainan tetapi matlamat masih sama iaitu membantu mereka menguasai subjek dan menjawab dengan baik ketika peperiksaan.Tambahnya, murid yang masih belajar di peringkat rendah lebih banyak bermain sambil belajar kerana konsep itu mampu menarik minat mereka belajar tetapi dalam masa yang sama, kawalan disiplin perlu dilaksanakan dengan lebih tegas supaya segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan kementerian mampu diikuti."Bagi peringkat menengah bermula Tingkatan Satu hingga Lima, guru perlu menggabungkan dua pendekatan iaitu berpusat pelajar dan guru kerana ini adalah fasa perubahan di mana mereka mula meningkat remaja dan menunjukkan ego masing-masing tetapi masih memerlukan pengawasan daripada guru. Bagi pelajar yang berminat menyambung pengajian ke Tingkatan Enam, Cikgu Abdullah sempat menitipkan pesanan supaya mereka fokus kepada matlamat belajar iaitu menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.ProfilNama: Abdullah AliTempat Lahir: Tanjong Karang, SelangorKedudukan dalam keluarga: Anak sulung daripada enam orang adik-beradikKelulusan Akademik: Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Geografi), Universiti Malaysia SabahAnugerah :Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2005 dan 2009Johan Debat Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2005Pendebat Terbaik Debat Hari Guru Tahun 2005, 2006, 2007Anugerak Khas Pendidik Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2019Anugerah Guru Inovatif Lepas Menengah Peringkat Daerah Sabak Bernam dan Negeri Selangor Sempena Sambutan Hari Guru Tahun 2021Pembentang Terbaik Kolokium Pendidikan Tingkatan Enam Peringkat Kebangsaan Kali ke-2Kajian Tindakatan Terbaik Peringkat Kebangsaan dalam Kolokium Pendidikan Tingkatan Enam Peringkat Kebangsaan Tahun 2018Pembentang Terbaik Kajian Tindakan Negeri Selangor Tahun 2018Kajian Tindakan di Terbitkan Oleh KPM dalam Jurnal Pendidikan Tingkatan Enam Tahun 2018 Jilid Ke-2Pembentang Kajian Tindakan Peringkat Antarabangsa dalam Program Perkongsian Pintar Amalan Terbaik dalam Pendidikan Tahun 2019 dan E-Bicara Tahun 2021