Tidak semua yang dilihat dan didengar sama dengan apa yang disangka, kadang kala kita perlu merenung panjang untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku di sebaliknya.
Baru-baru ini, seorang guru, Lynn Ismail berkongsi tentang sebuah kisah yang berlaku di sekolahnya sekali gus menimbulkan kehairanan apabila seorang pelajarnya tetap hadir ke sekolah walaupun minggu tersebut bukanlah gilirannya untuk hadir memandangkan sekolah kini menggunakan sistem penggiliran.
Pada mulanya beliau hanya menerangkan semula mengenai sistem penggiliran tersebut dengan harapan pelajar itu akan mengikutinya, namun keesokan harinya pelajar itu tetap dilihat hadir ke sekolah.
[caption id="attachment_29074" width="600"] gambar hiasan[/caption]
Setelah dua kali tegurannya tidak diendahkan, guru tersebut hanya meneliti gelagat pelajarnya itu dan tersentuh setelah mengetahui punca mengapa pelajarnya itu tetap hadir ke sekolah.
Mari ikuti kisah yang dikongsikan guru tersebut di bawah.
*
Ini ‘deep’…
Minggu ini ada seorang murid dari kumpulan A hadir. Saya menyangka mungkin murid itu tidak tahu tentang penggiliran. Lalu saya terangkan kepada dia."Minggu lepas awak dah hadir, minggu ini tak payah hadir. Belajar di rumah. Minggu depan baru hadir ke sekolah."
Dia mengangguk tanda faham.
Keesokan harinya dia hadir lagi."Kenapa awak datang ke sekolah hari ini? Kan cikgu kata jangan datang minggu ini. Minggu depan baru datang."
Dia hanya tunduk dan diam.
BACA JUGA:Cacat penglihatan tak halang Siti Aisah raih Anugerah Guru Cemerlang
BACA JUGA: RMT perlu diperluas ke sekolah menengah bantu pelajar kurang berkemampuan bersarapan
Hari seterusnya, dia datang sekolah lagi. Saya berasa pelik. Takkanlah dia tak faham-faham. Saya dah jelaskan berkali-kali, malah kawan-kawan dia pun suruh jangan datang ke sekolah minggu ini.
Hari Selasa, giliran saya menjaga kelas waktu rehat. Budak itu penerima RMT. Saya tengok dia makan nasi lauk kari ayam dengan lahapnya seolah-olah terlalu lapar. Mungkin dia datang ke sekolah setiap hari untuk makan.
[caption id="attachment_29072" width="1000"] Gambar hiasan makanan RMT | Kredit nota-notapismppj.blogspot.com[/caption]
Hari ini hari keempat dia hadir ke sekolah minggu ini. Dan saya tak mahu lagi bertanya. Biarlah dia datang ke sekolah untuk makan.
Kredit : Cikgu Share