RMT perlu diperluas ke sekolah menengah bantu pelajar kurang berkemampuan bersarapan
RMT perlu diperluas ke sekolah menengah bantu pelajar kurang berkemampuan bersarapan

RMT perlu diperluas ke sekolah menengah bantu pelajar kurang berkemampuan bersarapan

Azliyana Sulaiman
30 Dec 2020 09:10am
A
A
A

PARIT BUNTAR - Kementerian Pendididkan disaran memperluas meneruskan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ke sekolah menengah bagi membantu pelajar kurang berkemampuan menikmati sarapan pagi.

Exco Komunikasi, Multimedia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Penerangan Perak Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata langkah itu dapat memastikan pelajar terbabit belajar dengan selesa.

"Kita perlu memberikan perhatian kepada mereka supaya pelajaran mereka tidak akan terjejas kerana di peringkat ini mereka memerlukan makanan untuk fokus semasa pembelajaran," katanya.

Hasnul Zulkarnain yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Program Seuntai Kasih Seberkas Harapan Daerah Kerian di sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist di sini, semalam.

Mengenai program hari ini, beliau berkata syarikat korporat dan NGO telah membantu memberikan kupon RM3 kepada 57 pelajar di Dun Titi Serong yang layak untuk membeli makanan di kantin sekolah.

"Sebanyak lapan buah sekolah menengah di kawasan Dun Titi Serong mendapat manfaat ini sejak awal Januari dan akan berakhir November ini.

"Pelajar yang diberikan kupon ini akan membeli sarapan pagi di kantin sekolah pada waktu rehat dan mereka tidak boleh menukar kupon itu," katanya sambil berharap program sama dapat dilaksanakan di seluruh negeri ini. - Bernama

Artikel lain:

Kembali menggesek biola pada usia 86 tahun, Dr. Siti Hasmah pukau alumni SMK St. Mary (4 foto)

Sesma juara Sketsa Rukun Negara

Cikgu Norhailmi, guru Malaysia pertama ikuti High School Teacher Programme 2019 tiba di Geneva

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok