KPM umum jadual terkini SPM, STAM dan UPBA 2021
Iklan
Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengemaskini tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2021 yang akan dilaksanakan pada bulan Februari dan Mac tahun 2022.Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, perincian mengenai waktu peperiksaan/ujian tersebut boleh dimuat turun melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my/"Semoga perkongsian ini memudahkan perancangan calon, ibu bapa dan warga pendidik. Kongsi-kongsikan ya!," katanya dalam satu hantaran di akaun Instagramnya.
Berikut link jadual waktu peperiksaan untuk rujukan semua.
- Jadual Waktu Ujian Bertutur, Ujian Mendengar dan Ujian Amali Sains SPM 2021
- Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis
- Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis STAM 2021
- Jadual Waktu Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) 2021