RM5.5 juta bina bangunan baharu PPKI pendengaran SMK Peter Mojuntin

Iklan
RM5.5 juta bina bangunan baharu PPKI pendengaran SMK Peter Mojuntin

Iklan
Iklan

KOTA KINABALU - Kementerian Pendidikan memperuntukkan sebanyak RM5.5 juta bagi membina bangunan baharu Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Pendengaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peter Mojuntin, Penampang.

Iklan

Peruntukan itu dimaklumkan Menterinya Dr Maszlee Malik ketika berucap pada Program Bertemu Kasih Bersama Warga Pendidikan Sabah yang turut dihadiri Menteri Pendidikan dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob dan Pengarah Pendidikan negeri Dr Mistirine Radin di Kompleks Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini hari ini.

Iklan

Maszlee berkata kementeriannya turut menyalurkan dana sebanyak RM875,000 bagi memperkasa pembangunan anak-anak Orang Kelainan Upaya (OKU) di Sabah menerusi program PPKI.

"Kementerian Pendidikan turut memberi tumpuan kepada sekolah daif di Sabah. Ada 707 sekolah daif yang sedang saya pantau kerja-kerja baik pulihnya. Tahun ini, peruntukan disalurkan dalam dua fasa dengan fasa pertama RM10 juta untuk tiga sekolah dan fasa kedua RM78 juta bagi 19 sekolah.

"Kami juga tidak melupakan sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Mubaligh yang ada di Sabah. Peruntukan yang diberikan kepada sekolah-sekolah ini akan diteruskan," katanya.

Maszlee berkata usaha mengatasi isu sekolah daif di Sabah menjadi antara komitmen utama beliau sebagai menteri kerana menurutnya setiap rakyat berhak mendapat pendidikan berkualiti bukan sahaja melalui mutu pengajaran diberikan oleh setiap guru tetapi juga infrastruktur pembelajaran kondusif dan lengkap.

Beliau berkata akses persekolahan kepada kanak-kanak warganegara tanpa dokumen di Sabah juga akan dibuka bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan kerana ia penting untuk masa depan Sabah, selain  komited untuk mengatasi masalah keciciran murid terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

"Kementerian Pendidikan memerlukan bantuan Jabatan Pendidikan Sabah untuk kita bersama-sama memastikan anak-anak ini mendapat akses pendidikan kerana saya percaya pendidikan boleh mengeluarkan kita daripada kemiskinan seterusnya melakar masa depan lebih terjamin," katanya. - Bernama

Artikel lain:

Empat sebab Dr Maszlee menangis - Bimbang ada pegawai tak sehaluan dengan aspirasi yang ditonjolkan

'Kepada rakan saya di KPM, jangan gagalkan anak-anak kita' - Maszlee

'Tak jadi marah bila tengok tulisan murid Tahun Enam' - Cikgu Norashikin dedah siapa pemiliknya

Teknik belajar 'last minute' yang patut pelajar tahu...tapi jangan amalkan selalu tau

'Tetap serius dan tegas ketika mengajar walaupun berwajah 'baby face' - Cikgu Ian Francis Manga