Pembukaan sekolah bagi penggal 3 Tahun 2021/2022 ditangguh seminggu - KPM

Iklan
Screenshot (27)

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan bagi penggal tiga 2021/2022 akan ditangguhkan selama seminggu.

Iklan
Iklan

Bagi negeri kumpulan A, sekolah akan bermula pada 9 Januari dan bagi negeri kumpulan B, pada 10 Januari 2022.

Iklan

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, keputusan yang dibuat telah mengambil kira situasi banjir semasa di seluruh negara yang melibatkan murid, ibu bapa, serta guru-guru sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Iklan

Beliau juga berkata, keputusan ini dibuat setelah sekolah-sekolah dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau yang terjejas teruk.

BACA JUGA: 207 tabika, taska dan Pusat Kegiatan KEMAS terjejas akibat banjir

BACA JUGA: KPT sambut baik keputusan kelonggaran PdP akibat banjir

"KPM amat cakna dan prihatin dengan kebajikan guru, murid dan ibu bapa dalam konteks situasi banjir semasa.

"Kita sedar ini merupakan satu tempoh yang amat sukar bagi semua pihak dan turut fahami bahawa mereka memerlukan masa untuk kembali menyiapkan keperluan sebelum mereka dapat memulakan sesi persekolahan bagi penggal tiga 2021/2022.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

"Sebarang keputusan yang dibuat oleh KPM bagi memastikan kebajikan murid, ibu bapa dan guru,” jelas beliau.