Banjir: Peminjam terjejas dapat penangguhan bayaran balik PTPTN

Iklan
ptptn

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan kepada peminjam yang terkesan akibat banjir yang melanda negara, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, keputusan itu diambil selari dengan aspirasi kerajaan yang prihatin dalam membantu Keluarga Malaysia yang terlibat dalam bencana banjir mengakibatkan kemusnahan harta benda termasuk peminjam PTPTN.

Iklan

"Peminjam yang terkesan boleh mengemukakan permohonan kepada PTPTN bermula 28 Disember hingga 31 Mac 2022," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Noraini berkata, butiran lanjut mengenai pelaksanaannya akan diumumkan oleh PTPTN dan berharap penangguhan bayaran balik PTPTN itu dapat meringankan beban peminjam yang terkesan.