Perlukah anda menggunakan VPN ketika di tempat belajar?

Iklan
dan-nelson-EhbuqJYNCRk-unsplash
Apakah VPN?Virtual Private Network (VPN) bermaksud rangkaian peribadi secara maya dan ia merupakan perisian penyulitan yang boleh menawarkan kelebihan keselamatan dan privasi semasa melayari internet.Ia dilakukan dengan menyelubungi trafik internet dengan beberapa lapisan penyulitan, dan kemudian menghalakannya melalui pelayan VPN. Ini bermakna tiada sesiapa boleh melihat apa yang anda lakukan atau melihat lokasi anda.Tidak kira sama ada anda berada di institut pendidikan atau tidak, anda disaran menggunakan VPN. Ia adalah cara yang mudah dan berkesan untuk meningkatkan keselamatan, dan akan memastikan anda selamat walaupun menggunakan Wi-Fi awam yang kebiasaannya terdedah dengan penggodam.[caption id="attachment_30922" width="527"] Kredit Foto: Unsplash[/caption]Patutkah saya menggunakan VPN di tempat belajar?VPN di tempat belajar akan jadi berguna atas beberapa sebab. Walau bagaimanapun, sebelum melangkah lebih jauh, perlu diingat bahawa setiap institut pendidikan akan menggunakan sistem yang sedikit berbeza, dan tidak semua perkara ini akan digunakan di institusi pendidikan anda.BACA JUGA: 7 tip untuk sentiasa selamat ketika melayari internetBACA JUGA: 3G mahu ditamatkan? Jangan risau kerana sambungan internet lebih pantas bakal munculKeselamatanFungsi utama VPN adalah untuk memastikan data peribadi anda selamat. Apabila anda berada di kolej atau universiti, anda mungkin akan menyambung ke rangkaian Wi-Fi yang dikongsi bersama-sama dengan ramai pelajar dan staf yang lain.[caption id="attachment_30923" width="527"] Kredit Foto: Unsplash[/caption]Memandangkan tiada carayang boleh digunakan bagi memastikan bahawa penghala Wi-Fi selamat, anda boleh menggunakan VPN semasa di kampus untuk memastikan sambungan anda selamat, walaupun rangkaian itu sendiri terjejas.KeselesaanAtas sebab yang tertentu, beberapa perkataan dan frasa telah dilarang oleh jaringan yang terdapat di kampus. Walau bagaimanapun, ia menimbulkan satu masalah apabila tembok api menghalang sebarang pencarian yang mengandungi perkataan yang ditapis. Hal ini akan menyebabkan kesukaran pencarian sumber rujukan untuk tujuan akademik.Dengan VPN pada peranti, anda seharusnya dapat memintas sekatan rangkaian ini, menjadikannya lebih mudah untuk mengakses sumber dalam talian yang diperlukan untuk tugasan dan kerja lain.[caption id="attachment_30921" width="526"] Kredit Foto: Unsplash[/caption]PrivasiJika anda disambungkan ke Wi-Fi kolej atau universiti anda, kemungkinan besar mereka akan dapat memantau aktiviti anda.Alamat IP sementaraManfaat lain untuk pelajar ialah keupayaan untuk menggunakan alamat IP baharu semasa penggunaan Internet.Ikuti GPSBestari di Twitter dan FacebookSama ada anda berada di sekolah, kolej, universiti atau tempat lain, banyak manfaat yang boleh diperoleh ketika menggunakan VPN. Terdapat pelbagai jenis aplikasi VPN yang tersedia untuk komputer riba, telefon pintar, tablet dan banyak lagi.Sumber: NordVPN