6 tip membuat perabot taman yang menarik

Iklan
Untitled design

Perabot taman seperti gazebo atau wakaf, gazela, pergola dan set meja taman sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan peminatnya.

Iklan
Iklan

Ini diakui Pengarah Kolej Vokasional Temerloh, Pahang, Anuar M Lela apabila beliau sendiri melihat banyak kediaman individu telah memiliki produk taman tersebut.

Iklan

Beliau berkata, banyak faktor yang menyebabkan perabot taman itu menjadi pilihan masyarakat dulu dan sekarang.

Iklan

"Ia bukan sekadar mahu dijadikan tempat berehat dan bersantai sahaja sebaliknya kepelbagaian keunikan yang ada pada perabot taman itu menjadikannya pilihan ramai.

"Antaranya, keunikan dari sudut seni bina, motif dan pemilihan material hingga kekemasan dalam penghasilannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari.

Anuar berkata, pembuatan gazela, gazebo dan pergola tidak memerlukan kos yang tinggi.

"Sebaliknya ia memerlukan ketelitian dalam proses pembinaan dan pemasangannya bagi memastikan hasil yang cantik dan menarik dipandang oleh semua orang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anuar berkata, seni pertukangan kayu ini sangat berpotensi dan mempunyai masa depan yang sangat bereputasi tinggi dalam menjana pendapatan pada masa akan datang.

"Bagi keperluan ini, anak-anak muda atau para pelajar perlu dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk memastikan keperluan seni pertukangan ini sentiasa dapat menampung permintaan tinggi pelanggan dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Sebagai individu yang berkemahiran dalam menghasilkan perabot taman, Anuar turut berkongsi enam tip penting bagi membina produk seni taman yang menarik, kemas, cantik, kukuh dan berkualiti tinggi.

1) Jenis kayu

Pemilihan jenis kayu sangat penting untuk pembuatan perabot taman seperti gazebo, gazela dan pergola. Ini kerana, ia sentiasa terdedah kepada keadaan cuaca seperti panas dan hujan serta serangan serangga seperti anai-anai.

Kayu yang digunakan perlulah kayu yang mengandungi kandungan lembapan yang rendah iaitu antara 18 hingga 15 peratus seperti kategori kayu keras iaitu kayu cengal, resak, balau dan merbau.

Pemilihan kayu terpakai, misalnya kayu daripada rumah-rumah lama yang terbiar juga merupakan satu pilihan yang baik kerana kebiasaanya kayu-kayu ini adalah kayu yang terpilih dan cukup kering.

2) Saiz kayu

Pemilihan saiz kayu juga akan menentukan nilai estetika produk ini kerana akan terserlah kecantikan dan menarik apabila dipandang.

Pemilihan saiz sangat penting bagi kesesuaiannya dengan saiz gazela, gazebo atau pergola supaya sesuai dengan ketinggian, panjang dan lebarnya. Lukisan atau lakaran boleh membantu dalam menentukan keperluan saiz kayu yang akan digunakan.

3) Reka bentuk

Pemilihan reka bentuk dengan kesesuaian landskap dan kawasan letaknya produk ini juga memainkan peranan dalam menentukan keindahan seni pertukangan ini, yang boleh mempengaruhi jiwa dan ketenangan kepada pemilik atau pengguna.

Penambahan keperluan buaian, tangga dan sebagainya sangat perlu dititikberatkan di dalam mereka bentuk produk taman mengikut keperluan pengguna.

4) Peralatan

Pemilihan peralatan juga sangat penting dalam seni pembuatan produk ini. Peralatan asas seperti gergaji, pahat, ganding, sesiku L, pita ukur dan pensel penanda perlu disediakan malah anda dinasihatkan untuk memilih peralatan yang mempunyai jenama yang berkualiti untuk penghasilan yang baik.

Di samping itu juga digalakkan untuk menyediakan mesin mudah alih seperti mesin gergagi jig, mesin gergaji piring dan mesin pelubang serta alat kelengkapan keselamatan seperti pelindung mata dan penutup hidung.

5) Bahan kemasan

Bagi produk kayu, bahan yang digunakan perlu menaikkan seri kayu itu sendiri terutama dari segi ira kayu tersebut.

Malah, bahan yang digunakan untuk kemasan perlu dipastikan bermutu tinggi bagi melindungi kayu daripada rosak akibat keadaan cuaca, serangan serangga dan kulat.

Bahan kemasan ini juga penting untuk mencantikkan kayu dan memudahkan produk tersebut dibersihkan.

6) Aksesori

Pemilihan aksesori yang bersesuaian juga akan menjadikan produk taman ini bernilai tinggi.

Pemilihan yang tidak tepat akan melibatkan produk terlebih reka bentuk dan sebagainya.

Aksesori yang dimaksudkan ialah papan pemanis, siku keluang, kekisi, pagar musang, tunjuk langit dan yang lainnya akan menampakkan produk lebih ekslusif dan mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Artikel berkaitan 

Kisah Abang Azwan ‘Viva’ boleh dijadikan pengajaran untuk pelajar dan golongan muda

"Letih memanglah letih, tapi jujur…saya seronok menjadi guru” – Ustaz Ahmad Fauzi

9 cara menghentikan tabiat makan berlebihan, elak obesiti


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok