Kes buli pelajar MRSM: Kertas siasatan sudah lengkap dan dihantar ke Bukit Aman

Iklan
1400481

JOHOR BAHRU - Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor sudah menghantar kertas siasatan ke Bahagian Pendakwaan dan Undang-​Undang (D5) Bukit Aman berhubung kejadian buli yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurut sebuah laporan daripada Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kertas siasatan  sudahpun lengkap yang melibatkan lima pelajar Tingkatan Empat MRSM tersebut yang dan ketika ini hanya menunggu arahan lanjut dari Bukit Aman.

Iklan

BACA JUGA: Tingkatkan pemantauan dan keselamatan pelajar untuk membendung buli

Iklan

BACA JUGA: Kes buli, 10 pelajar MRSM ditamatkan pengajian bakal memasuki sekolah harian

"Kes ini dirujuk ke Bukit Aman setelah ia menjadi satu kes yang mempunyai kepentingan awam.

"Setakat ini, belum ada sebarang tindakan pertuduhan dikenakan terhadap mereka selepas tempoh tahanan reman tamat," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Santai Cycle Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor 2021 di IPK Johor hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan isterinya yang juga Pengerusi Perkep Johor, Datin Zalena Mohd Ariffin.

Perkembangan kes ini ekoran daripada video tular yang memaparkan sekumpulan pelajar bertindak membuli salah seorang pelajar di MRSM Kuala Kangsar.

Pada 16 Disember lalu, lima pelajar berkenaan direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian buli terhadap seorang mangsa berusia 14 tahun yang mengalami kecederaan bengkak pada rusuk kiri.

Kelima-lima mereka sebelum itu ditahan di sekitar Kuala Sungai Baru, Melaka; Kajang, Selangor; Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Mengulas lanjut, Zaharudin berkata, siasatan dijalankan hanya melibatkan lima pelajar berkenaan dan tidak melibatkan individu atau pelajar lain.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

"Ketika ini saya tidak dapat mengesahkan tindakan yang diambil pihak sekolah terhadap mereka kerana sesi persekolahan ketika ini sedang bercuti," ujarnya. - Sinar Harian