267766226_457100692453742_857663706895477072_n
267766226_457100692453742_857663706895477072_n

Kes buli, 10 pelajar MRSM ditamatkan pengajian bakal memasuki sekolah harian

Adlan Farhan Azwan
17 Dec 2021 02:28pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar yang ditamatkan pengajian kerana didapati membuli akan diterima masuk ke sekolah harian.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Mohd Jidin berkata setiap pelajar terbabit dalam kes buli yang tular di media sosial sejak daripada minggu lepas akan menjalani proses intervensi serta kaunseling di sekolah-sekolah yang ditetapkan.

"Kita di sekolah (harian) akan menerima masuk murid ini tetapi bukan sekadar menerima sebab ada rekod.

"Kita akan pantau mereka dan beri kaunseling, kita tidak boleh biarkan (sahaja) mereka masuk sistem sedia ada.

"Perlu ada sistem pemantauan rapi, intervensi daripada kaunselor agar timbul kesedaran dalam kalangan murid ini," katanya.

BACA JUGA: 10 pelajar MRSM terlibat buli ditamatkan pengajian

BACA JUGA: Tular lagi video buli, Maszlee harap pihak berkuasa ambil tindakan

Menurut Mohd Radzi, pendekatan yang sewajarnya akan diambil oleh pihak sekolah berkenaan. 

"Dalam konteks buli di sekolah biasanya ia tidak berlaku seorang murid dengan seorang, tetapi seorang dengan ramai.

"Apabila mereka berseorangan, mereka tidak berani tetapi berani apabila seorang berhadapan dengan ramai ramai kerana mereka rasakan seperti satu kumpulan.

"Apabila berpecah ke sekolah-sekolah lain, mereka sedari tindakan itu tidak betul dan kaunselor memainkan peranan memantau murid ini," jelasnya. 

Mohd Razi berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 di Putrajaya pada Khamis lalu.

Minggu lepas, tular beberapa video yang menunjukkan 10 pelajar berumur 13 ke 15 tahun dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar membuli seorang pelajar. 

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Justeru itu, mereka telah ditamatkan pengajian selepas pihak berkuasa telah menjalankan siasatan.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf, keputusan dilakukan ketika mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Displin Pelajar MRSM.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok