Universiti pertama lengkap dengan fasiliti Studio E-Sports, UUM ketengahkan bakat dan minat pelajar.

Iklan
5 (2)

SINTOK -  Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi satu-satunya universiti awam yang memiliki Studio E-Sports pertama di universiti ini untuk pelajar mengetengahkan bakat dan minat mereka ke arena global.

Iklan
Iklan

Studio itu telah dilengkapi dengan fasiliti seperti studio multimedia, skrin hijau, kamera atau webcam, mikrofon, pembahagi kabel dan peralatan penstriman untuk setiap pasukan untuk bermain permainan secara dalam talian.

Iklan

[caption id="attachment_31695" width="657"] Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali meninjau kemudahan disediakan di Studio E-Sports yang baru dilancarkan pada Rabu lalu.[/caption]

Iklan

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata, pembukaan Studio E-Sports itu adalah bagi memperkasakan bidang sukan di universiti ini yang bukan hanya tertumpu kepada sukan fizikal sahaja tetapi juga sukan secara maya.

BACA JUGA: UiTM tubuh CMTHub, sasar hantar wakil ke Sukan Olimpik

BACA JUGA: E-sukan sebagai kerjaya, tidak semudah yang disangka

Menurutnya, sukan E-Sports merujuk kepada permainan video yang dianggap sebagai sukan profesional yang memaparkan pemain berbayar, peminat yang besar, penjualan tiket, penajaan dan bayaran kejohanan besar.

[caption id="attachment_31694" width="662"] Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali (duduk, kanan) mencuba permainan video yang terdapat di Studio E-Sports.[/caption]

"Dengan adanya hab sukan begini, pelajar bukan sahaja dapat merehatkan diri dan minda dari kesibukan akademik, malahan ianya juga dapat mencungkil serta meningkatkan kemahiran mereka.

"Usaha ini juga mampu bersaing seiring dengan pasukan-pasukan profesional besar yang lain sekali gus mengembangkan potensi ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Saya berharap dengan adanya studio sebegini akan menggalakkan lebih ramai pelajar untuk menceburi dalam arena sukan E-Sports ini, seterusnya melahirkan lebih banyak bakat untuk menjadi pemain profesional," katanya ketika menyempurnakan perasmian di Pusat Sukan UUM, Rabu lalu.

Sementara itu, Pengarah Pusat Sukan, Dr. Za’im Ahmad berkata, beliau berharap dengan usaha mewujudkan studio itu dapat melahirkan atlet E-Sports UUM yang boleh mewakili Malaysia dan seterusnya menaikkan nama UUM di persada antarabangsa.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

"Pusat Sukan akan meneruskan lagi iltizam dan komitmen daripada aspek tanggungjawab bukan sahaja pembudayaan bersukan malah sosial korporat dan menambah nilai pelajar di dalam memartabatkan sektor pengajian tinggi negara,” jelas beliau.