UPSI, UUM tubuh kelab badminton
Iklan
Nama-nama seperti Datuk Misbun dan Datuk Rashid Sidek, Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia, Liew Daren, Cheam June Wei, Goh Liu Ying dan Leong Jun Hao tidak perlu diperkenalkan lagi kerana mereka telah mengharumkan Malaysia dalam sukan badminton dengan kehebatan masing-masing.Untuk menjadi seperti mereka, bukanlah mudah malah ia mengambil masa dan perlukan latihan berpanjangan.Justeru itu, beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) dilihat mula menubuhkan kelab badminton dalam usaha mencari dan mengasah bakat pelapis baharu dalam sukan ini.Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) antara universiti yang menjadikan badminton ini sebagai salah satu sukan utama di institusi mereka.Menerusi penubuhan kelab ini, sukan badminton dilihat mampu melahirkan lebih ramai atlet yang dapat dijadikan pelapis negara.Presiden Kelab Badminton UPSI, Ikmal Haikal Abu Bakar berkata, kelab berkenaan ditubuhkan pada 2008 tetapi mula aktif hanya pada 2013."Objektif penubuhan kelab ini adalah untuk mendedahkan dan memberi pengalaman kepada ahli kelab berkomunikasi, mengelola dan mengendalikan sesuatu program."Ia juga bertujuan mewujudkan keseimbangan penguasaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dalam kalangan ahli serta membina jaringan kerjasama antara ahli dengan badan persatuan sukan peringkat negeri dan negara," kata pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) ini.[caption id="attachment_32324" width="400"] Ikmal Haikal[/caption]Menurut Ikmal Haikal, seramai 138 pelajar menjadi ahli Kelab Badminton UPSI dan ada antara mereka berpengalaman luas dalam sukan badminton."Kita buka keahlian kepada pelajar yang berminat dalam sukan ini. Tapi, jika sudah ada pengalaman, ia satu bonus buat kelab," jelasnya.Ikmal Haikal yang merupakan salah seorang pemain badminton UPSI memberitahu, tugas dan tanggungjawabnya sebagai presiden cukup besar."Saya perlu melaksanakan misi dan visi yang terdapat di dalam penubuhan kelab ini iaitu memupuk minat juga mengembangkan sukan badminton serta merancang program bagi membangunkan jati diri dan disiplin semua ahli kelab.[caption id="attachment_32321" width="600"] Sebahagian ahli Kelab Badminton UPSI yang menyertai kejohanan badminton.[/caption]"Walaupun masih baru memegang jawatan ini kira-kira enam bulan lalu, namun saya sudah merancang beberapa pembaharuan yang akan dilakukan iaitu membawa ahli badminton serlahkan bakat dengan lebih yakin tanpa mengira peringkat pemain untuk bersama-sama berkongsi ilmu dan mengeratkan hubungan sesama ahli," katanya yang masih berhubung dengan presiden lama, Rajkumar Kathirevan bagi mendapatkan khidmat nasihat demi kebaikan kelab.Ikmal Haikal juga berharap agar kelab ini akan sentiasa aktif dalam apa jua program akan datang dan dapat melahirkan bakat-bakat baharu seterusnya mewakili UPSI ke peringkat lebih tinggi.