Mahu lebih banyak pihak tampil bantu pelajar kurang bernasib baik

Iklan
272137603_4846727742050611_5706382681561555594_n

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah bertitah, mahu melihat lebih banyak pihak tampil melibatkan diri dalam program membantu pelajar kurang bernasib baik, bagi membantu mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam pendidikan.

Iklan
Iklan

Tengku Hassanal bertitah, bantuan itu seperti yang dilaksanakan menerusi Program Akademi Menara Gading (AMG) di Pahang, membolehkan mereka daripada pelajar miskin, anak yatim dan anak Orang Asli menjejakkan kaki ke menara gading.

Iklan

AMG ialah program anjuran Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) atau dahulunya dikenali sebagai Yayasan Istana Abdulaziz yang ditubuhkan pada September 1996, dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, selaku penaung.

Iklan

Baca juga KPT berjaya lahirkan 23,745 sukarelawan sepanjang misi bantuan banjir

Baca juga UiTM, Kindness Malaysia beri bantuan 100 kit solat untuk mangsa banjir di Selangor

"Program AMG telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), untuk membantu meningkatkan kecemerlangan pendidikan dalam kalangan pelajar kurang bernasib baik. Alhamdulillah, program ini telah melahirkan ribuan graduan yang berjaya dalam pelbagai bidang yang seterusnya membantu ibu bapa dan keluarga mereka hidup lebih selesa.

"Kecemerlangan akademik ini juga perlu diselarikan dengan penerapan nilai-nilai murni. Nilai yang baik adalah bermula di rumah, dengan ibu bapa perlu memainkan lebih peranan dan bukannya menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru dan pihak sekolah,” titah baginda.

Tengku Hassanal bertitah demikian semasa melancarkan Buku Aspirasi Menara Gading pada Khamis yang diadakan serentak dengan Majlis Penutup ‘Access Leadership Program’ (ALP) iaitu program meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris yang dilaksanakan YASA dan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur, melibatkan 80 pelajar tingkatan lima.

Buku Aspirasi Menara Gading setebal 384 halaman itu, diterbitkan sempena lebih 20 tahun penubuhan AMG dan menghimpunkan 19 makalah, sumbangan ahli akademik dan golongan profesional yang terlibat mengendalikan AMG serta alumninya, selain bertujuan sebagai rekod kepelbagaian aktiviti, kecemerlangan dan catatan pengalaman akademi tersebut.

Pada majlis itu, Tengku Hassanal juga berkenan menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara YASA dan Universiti Malaysia Pahang (UMP), bagi meningkatkan kepelbagaian aktiviti pendidikan di negeri ini.

Berkaitan ALP, Tengku Hassanal berterima kasih kepada Kedutaan AS di Kuala Lumpur kerana memberikan peserta AMG satu peluang untuk meningkatkan kelancaran bahasa Inggeris mereka, dan juga skil lembut mereka yang lain seperti komunikasi dan kepimpinan menerusi program yang disusun dengan baik.

"Dengan peluang yang baik ini, saya berharap semua pelajar akan lakukan yang terbaik dan komited untuk menjadi cemerlang keseluruhannya. Saya juga diberitahu yang pelajar juga berpeluang untuk menjalani ujian khas yang dikendalikan oleh Kedutaan AS.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

"Apabila lulus, pelajar terbabit akan berpeluang untuk menerima biasiswa yang membenarkan mereka untuk menyertai program berkaitan di Amerika Syarikat untuk enam bulan, dengan kesemua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan AS.

Sementara kaunselor, Perhubungan Awam Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Melinda Masonis dalam ucapannya berkata, program dua tahun ALP bukan hanya bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pelajar bercakap dalam Bahasa Inggeris, tetapi juga untuk mencabar mereka untuk mengamalkan kemahiran berfikiran kritis dan minda sivik untuk berkhidmat kepada masyarakat.

"Sepanjang dua tahun itu, saya difahamkan bahawa sebagi tambahan untuk menghadiri kelas bahasa Inggeris tambahan, pelajar ALP telah melaksanakan pelbagai aktiviti seperti menyertai telesidang bersama bekas Duta AS ke Malaysia Kamala Lakhdir dan bengkel penulisan resume bersama Felow Bahasa Inggeris Amerika kami,” katanya. - BERNAMA