WhatsApp Image 2022-01-09 at 11.52.39 AM
WhatsApp Image 2022-01-09 at 11.52.39 AM

UiTM, Kindness Malaysia beri bantuan 100 kit solat untuk mangsa banjir di Selangor

webadmin
10 Jan 2022 04:51pm
A
A
A

Prihatin dengan nasib mangsa banjir, Universiti Teknologi MARA (UiTM) menerusi Fakulti Perakaunan telah bekerjasama dengan Kindness Malaysia dalam satu program membantu masyarakat yang terkesan di Kampung Lombong, Seksyen 29, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Sesi penyerahan 100 bungkusan kit solat bagi bantuan pasca banjir tersebut telah disampaikan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Ts Dr Roziah Mohd Janor kepada Pengerusi Jawatankuasa Surau, Mohd Noor Basiron dalam satu sesi penyerahan di Surau Nurul Iman, Kampung Lombong, Shah Alam.

Turut serta dalam program tersebut ialah Dekan Fakulti Perakaunan, Profesor Dr Haslinda Yusoff dan wakil Kindness Malaysia, Mohd Rizal Atan.

Sementara itu, sumbangan sebanyak RM13,437 yang berjaya diperoleh melalui kutipan dana yang dijalankan Fakulti Perakaunan itu, digunakan bagi tujuan pembelian set kit solat lengkap yang mengandungi al-Quran, telekung, sejadah, kain pelikat, kain batik, T-shirt dan kopiah.

“Baki sumbangan berjumlah RM3,099 disalurkan kepada pihak Kindness Malaysia untuk diagihkan ke kawasan lain yang terkesan dengan musibah banjir,” kata Profesor Dr Haslinda menerusi satu kenyataan media.

Baca juga Dulu Komander Perbarisan, kini Pegawai Kanan Polis. Tahniah Nuraida Shafiza, kami bangga dengan anda!

Baca juga “Apabila ‘posting’ nanti, jangan tunjuk kita rajin, ringan tulang. Nanti kena buli habis-habisan”

Dalam pada itu, wakil #ToysForACause turut serta dalam program tersebut dan memberi sumbangan berupa barang permainan kepada kanak-kanak yang terjejas banjir di Kampung Lombong.

Sehingga kini UiTM terus aktif menggerakkan aset bagi membantu mangsa yang terkesan di seluruh negara melalui Misi Bantuan Banjir dan Pengurusan Pascabanjir.

UiTM bukan sahaja memberi bantuan di sekitar Lembah Klang, bahkan di negeri-negeri semenanjung Malaysia yang turut sama ditimpa musibah banjir seperti di Kelantan, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.

Bantuan pembersihan, perubatan, sumbangan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UiTM Prihatin serta sumbangan orang ramai yang diberikan melalui kempen juga telah digerakkan ke seluruh negeri yang memerlukan.

Sebagai universiti komprehensif terbesar di Malaysia, UiTM telah mempertingkatkan ketampakannya melalui kerjasama dengan universiti di seluruh dunia.

Ia terus menyediakan akses kepada pendidikan tinggi, memainkan peranannya dalam membina negara dengan menyerlahkan potensi, membentuk masa hadapan.

Dalam menyediakan pendidikan inovatif di 35 kampus dan 26 fakulti di seluruh negara, UiTM menawarkan lebih daripada 500 program akademik di peringkat Asasi, Pra-Diploma, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, dan PhD, serta Program Profesional.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Kini, UiTM adalah sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka yang terbukti menjadi pilihan pelajar.

Antara pencapaian terhebat, UiTM menduduki tempat ke-105 dalam QS Asia University Rankings 2022, kedudukan 651-701 dalam QS World University Rankings 2022 dan kedudukan 101-200 dalam penarafan THE Impact Rankings 2021.

Pada tahun 2021, subjek Hospitality and Leisure Management berada pada kedudukan 51-100 dunia dan 12 daripada subjek UiTM lainnya telah tersenarai dalam penarafan QS World University Rankings by Subject 2021.

UiTM turut berada pada kedudukan ke-150 dalam penarafan UI GreenMetric (UIGM) Worlds University Rankings 2021.

Pada tahun 2020, UiTM telah memenangi pingat emas dalam QS APPLE Creative Awards bagi kategori Iklan Kreatif Terbaik di peringkat antarabangsa.

Dengan lebih daripada 900,000 alumni dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan, UiTM menawarkan peluang dalam membentuk pemimpin di peringkat kebangsaan, industri dan global bagi mencapai aspirasi untuk menjadi sebuah universiti terkemuka dunia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok