Cara mudah edit tugasan atau kerja sekolah guna format PDF

Iklan
8
Meskipun Perintah Kawalah Pergerakan (PKP) tidak dilaksanakan lagi, kebanyakan pelajar masih menjalani kaedah pembelajaran secara Open and Distance Learning (ODL) atau lebih dikenali sebagai proses pembelajaran jarak jauh.Sebagai contoh, Institut Pendidikan Guru (IPG) mengambil langkah proaktif mencegah lebih baik daripada merawat dengan menjalankan kelas ODL walaupun para pelajarnya berada di kampus.Baca juga Cara mudah letak gambar dalam Words guna ‘snipping tool’Baca juga Program Microsoft Innovative Teachers dilancarkan demi melahirkan guru berintegritiKini semua tugasan perlu diserahkan secara dalam talian, namun masih ramai lagi pelajar yang tidak tahu bagaimana caranya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan secara dalam talian itu dengan efektif dan efisien.GPSBestari ingin berkongsi trik bagaimana untuk menyiapkan tugasan atau kerja sekolah yang diberikan itu dengan cepat dan betul.Bukan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) sahaja boleh amalkan trik ini malah pelajar sekolah menengah dan rendah turut boleh mempraktikkannya.Jom ikuti langkah seperti yang berikut;1. Muat turun kertas soalan atau tugasan dalam PDF[caption id="attachment_32953" width="696"] Guru dan pensyarah gemar memberikan tugasan kepada pelajar mereka dalam format PDF.[/caption]Lazimnya, guru atau pensyarah akan memberikan tugasan dalam bentuk Portable Document Format (PDF).Fail jenis ini sering digunakan kerana format lebih tersusun dan kekal di tempatnya berbanding Words.2. Buka Google dan buat carian 'online PDF editor'[caption id="attachment_32954" width="685"] Pelayar Google Chrome, Mozilla, Safari dan Internet Explorer boleh digunakan untuk membuat carian.[/caption]Jika anda tidak mempunyai pelayar Google Chrome, anda boleh menggunakan pelayar Mozilla, Safari atau Internet Explorer.Kemudian, anda buat carian 'online PDF editor' dan klik pada carian seperti yang tertera dalam gambar.3. Muat naik fail PDF[caption id="attachment_32956" width="614"] Anda boleh tekan 'Choose Files' untuk memuat naik fail PDF.[/caption]Langkah seterusnya yang diperlukan adalah memuat naik fail tugasan.Setelah itu, pelayar akan memaparkan tugasan anda secara atas talian.4. Klik pada butang 'T' untuk mula menaip[caption id="attachment_32958" width="603"] Butang 'T' tersebut terletak di antara ikon pen dan segi empat.[/caption]Untuk mula menjawab soalan peperiksaan atau menyiapkan tugasan, anda boleh klik butang 'T' dan taip pada ruang jawapan.[caption id="attachment_32959" width="641"] Anda boleh menghabiskan karangan seperti yang diarahkan guru atau pensyarah.[/caption]Sebagai contoh, sekiranya anda membuat tugasan karangan, anda boleh menaip sehingga selesai dan sesuaikan dengan 'font' dan saiz yang ditetapkan oleh tenaga pengajar.5. Tekan butang 'download'[caption id="attachment_32960" width="635"] Setelah selesai menjawab, anda boleh tekan butang dalam bulatan merah itu.[/caption]Apabila anda sudah siap menjawab soalan yang diberikan, kaedah terakhir yang anda perlukan adalah menekan butang 'downloadtarget="_blank"'>Ada baiknya ODL ini, bukan sahaja menjimatkan kertas malah boleh mengasah kemahiran pelajar menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan berkesan.Maka akan lebih ramai lagilah generasi muda yang akan celik ICT pada masa akan datang.