Pelajar 12 tahun tunjuk bakat jadi wartawan dapat perhatian ramai

Iklan
FE00AFA0-7DD6-4E53-B376-3500710965E0

Baru-baru ini tular video Muhammad Haziq Muhammad Asyraf, 12, yang membuat liputan mengenai penemuan ular sawa di dalam longkang.

Iklan
Iklan

Kejadian tersebut dirakam oleh Muhammad Haziq sendiri menggunakan telefon pintarnya. Difahamkan kejadian berlaku di sekitar Bukit Selambau, Kedah.

Iklan

Video yang tular itu dikongsikan pengguna Facebook Puteri Mar jelas memaparkan budak lelaki itu kelihatan terkocoh-kocoh membuat laporan mengenai kejadian cemas tersebut.

Iklan

Baca juga: KBS cadang wujudkan liga bola sepak kompetitif untuk bakat cilik

Baca juga: [VIDEO]"Nak nyanyi lagu XPDC pada sambutan Hari Guru”

Dikatakan Muhammad Haziq sedang menyiapkan kerja sekolah, lantas dia pun ke sana selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung yang dikenali sebagai Atan mengenai penemuan ular tersebut ketika kerja pembersihan longkang dilakukan.

"Kami tak tahu kenapa air bertangkung sangat tinggi dan kami ingat sampah, rupa-rupanya ular sawa yang sangat besar," kata Muhammad Haziq.

Selepas mendapati 'sampah' itu adalah ular yang mempunyai kekuatan untuk membunuh mangsa dengan belitannya, budak kecil itu terus menghububungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menguruskan ular berkenaan.

Sementara menunggu kehadiran pihak APM, Muhammad Haziq menunjukkan kepada warganet penemuan ular sawa yang besar itu.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Katanya dalam nada tergesa-gesa,"Saya amat-amat takut dan sedang menunggu APM untuk segera ke Pasar Bukit Selambau."

Terkini, video penstriman langsung tersebut meraih 999,000 penonton, 29,000 reaksi dan 22,000 perkongsian daripada warganet yang memuji gaya wartawan Muhammad Haziq.