SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dalam membantu pembangunan ekonomi golongan belia di negara ini di Balai Tamu, pada Selasa lalu.
Memorandum tersebut telah ditandatangani Naib Canselor UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah, manakala IYRES diwakili oleh Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Dr Muhammad Mahadi Mohamad.
Menurut Haim Hilman, kerjasama strategik antara UUM dengan IYRES itu akan mengangkat golongan belia ke peringkat lebih tinggi menerusi hasil kajian yang dijalankan secara bersama.
Baca juga 41 MPP UUM terima watikah pelantikan, nekad jalankan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin
Baca juga Berkat doa ibu bapa, 130 pelatih Kor SUKSIS UUM tamat latihan cemerlang
Beliau berkata inisiatif itu juga adalah langkah UUM dan IYRES untuk saling melengkapi dan memperbaiki isu-isu berkaitan golongan belia.
Katanya, UUM sedia bekerjasama dengan IYRES untuk menjalankan penyelidikan tentang belia yang mana hasil kajian tersebut akan disampaikan ke agensi terlibat untuk langkah seterusnya.
"MoU ini juga adalah permulaan kepada langkah-langkah hebat lain khususnya dalam pembangunan ekonomi belia demi masa depan anak-anak muda tanpa mengira bangsa dan agama.
"Saya dan seluruh warga universiti berazam akan memberi impak kepada negara dan mendekati belia bukan sahaja untuk mendidik mereka dalam aspek akademik malahan lebih jauh dari itu,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berharap kerjasama UUM menerusi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) akan menjadikan agenda itu dapat direalisasikan, seterusnya membuahkan hasil terbaik kepada semua.
Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/
Sementara itu, Muhammad Mahadi berkata, beliau berharap kolaboratif dengan UUM dapat diperkukuhkan lagi demi kelangsungan generasi baharu khususnya dalam kalangan belia.
Menurutnya, pihaknya akan menggunakan peluang berkenaan untuk memberi 100 peratus komitmen kepada kerjasama strategik bersama UUM yang mana agenda difokuskan adalah berkaitan ekonomi belia.
Katanya, hasil kajian yang dilakukan kelak tidak akan menjadi pameran di rak tetapi akan digunakan sebagai garis panduan dan rujukan agar dapat dijadikan sebagai satu polisi pada masa depan.
Justeru, beliau sangat menyokong inisiatif yang akan dilakukan IYRES dan juga UUM demi pembangunan golongan belia di negara ini.