Kos sara hidup tinggi di luar kampus, perlu berjimat. Jom kita cuba masak sendiri

Iklan
WhatsApp Image 2022-01-26 at 1.46.48 PM

Bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menetap di luar kampus, kos sara hidup memang agak tinggi. Antara yang perlu diutamakan adalah bayaran sewa rumah, pengangkutan dan kos makan minum.

Iklan
Iklan

Justeru, untuk meminimumkan kos hidup, antara cara untuk berjimat cermat adalah pelajar boleh cuba untuk masak sendiri. Inilah tip yang dikongsikan oleh graduan Diploma Pengurusan Hotel Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, Nur Fatin Liyana Hairul.

Iklan

[caption id="attachment_33563" width="603"] Nur Fatin Liyana graduan Diploma Pengurusan Hotel bersama rakan sekelasnya.[/caption]

Iklan

Menurut Nur Fatin Liyana, 21, bagi menjimatkan kos sara hidup di luar kampus, dia membawa bekalan makanan setiap hari.

Baca juga Seni kulinari bukan sekadar masakan, lebih banyak IPT tawar program seni kulinari

Baca juga 6 aplikasi pembuatan dan dekorasi kek yang mudah

"Setiap hari saya akan memasak kerana pinjaman pendidikan tidak cukup untuk menampung kos kehidupan menyewa di luar kampus.

"Lagipun saya berasal daripada keluarga yang kurang bernasib baik jadi kenalah berjimat,” katanya ketika dihubungi SinarBestari.

Tambahnya, duit pinjaman pendidikan sebelum ini digunakan untuk membayar sewa rumah, kos pengangkutan dan membeli bahan untuk memasak.

Antara resipi mudah adalah sup ayam, sardin dan ayam goreng.

"Kemahiran memasak ini memang perlu ada dalam kalangan penuntut universiti. Ia sangat menjimatkan kos makan pelajar,” ujarnya.

Justeru, Nur Fatin Liyana yang kini masih menunggu peluang pekerjaan menggalakkan agar mereka yang kini di menara gading dapat belajar memasak untuk menjimatkan kos sara hidup. Lagipun tentu seronok dapat masak dan makan bersama-sama rakan serumah.

Tip mudah belajar memasak:-

1. Mulakan memasak dengan mengikut resipi.

Zaman sekarang ini semuanya boleh didapati melalui internet termasuklah resipi masakan.

Jika belum mahir, masak mengikut resipi yang mudah.

Ikut sahaja langkah-langkah tertib yang ditunjukkan dalam portal masakan mengikut cita rasa sendiri.

2. Memasak dalam kuantiti kecil.

Ini penting jika anda takut hasil masakan anda mungkin gagal atau sebaliknya jadi cara terbaik adalah dengan memasak dalam jumlah sedikit.

Kalau masakan tak menjadi pun tak rasa kesal sangat.

3. Rajinkan diri ke dapur melihat ibu memasak.

Jika pelajar cuti semester bolehlah menolong ibu memasak di dapur.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/sinarbestarimy/

Twitter: https://twitter.com/sinarbestarimy/

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Lama-kelamaan pasti menjadi masakan anda asalkan kerap perbaiki apa yang kurang dalam masakan.

Selamat mencuba.