10000+cake icing-5amik yg nie
10000+cake icing-5amik yg nie

6 aplikasi pembuatan dan dekorasi kek yang mudah

Mariatul Qatiah Zakaria
07 Sep 2021 06:54pm
A
A
A

Kemajuan teknologi hari ini tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat tambahan pula dengan pandemik yang melanda dunia, ia menyaksikan teknologi mengambil tempat dalam kehidupan seharian.

Pelbagai bentuk aktiviti boleh dilakukan daripada membeli belah, pekerjaan dan juga pendidikan, segalanya melibatkan teknologi.

Untuk itu, hari ini dalam usaha memudahkan urusan harian, pelbagai maklumat boleh diperoleh dengan hanya di hujung jari dalam aplikasi-aplikasi yang dibina.

Sebut sahaja apa juga maklumat yang ingin diperoleh segalanya boleh didapati dalam telefon bimbit setiap individu dan ini termasuklah maklumat mengenai masakan.

Hari ini Sinar Bestari ingin berkongsi aplikasi memasak dan menghias kek yang pastinya disukai oleh suri rumah atau sesiapa sahaja yang berminat dalam pembuatan dan hiasan kek.

Jom kita lihat!

Cupcake decorating ideas

Aplikasi ini menampilkan galeri idea pelbagai jenis reka bentuk dan hiasan kek yang menakjubkan, sedap dan mudah untuk anda pelajari.

Ini termasuklah hiasan untuk kek cawan.

Di sini anda boleh perolehi pelbagai gambar menarik yang pastinya dapat memberi anda idea bagaimana untuk menghias kek cawan dan juga kek-kek lain.

Aneka Resepi Kek

Aplikasi ini menyediakan resipi-resipi kek kegemaran daripada pelbagai variasi kaedah masakan dan penyediaan iaitu kek bakar, kek tanpa bakar, kek kukus dan kek cawan.

Antara resipi kek yang terdapat di dalam aplikasi ini ialah kek buah campuran, kek lapis Horlicks, kek marble, kek pisang lembab, kek red velvet, kek sarang semut, kek keju coklat, kek keju manga, kek keju Nutella, kek keju lemon, kek tiramisu, kek coklat lembab, kek apam belang, kek lapis cream cheese, kek pandan kukus, kek coklat lava, kek Hokkaido chiffon, kek keju Dutch Lady, kek keju oren, kek madeline dan kek Oreo berkeju.

Aplikasi ini boleh dimuat turut secara percuma.

Resepi Kek

Aplikasi ini memudahkan anda belajar dan merujuk cara membuat pelbagai jenis kek yang enak dan terbaik.

Ia turut mengandungi pelbagai resipi kek daripada pelbagai sumber yang boleh dipelajari di hujung jari anda.

Aplikasi ini boleh digunakan bagi membantu tugas masakan seharian di rumah atau di mana sahaja anda berada.

Selain itu ia juga mudah untuk dirujuk dan dibaca kerana isi kandungannya di dalam Bahasa Malaysia.

Anda boleh memuat turut aplikasi ini secara percuma dan ia turut menampilkan mode auto putar (dioptimumkan untuk skrin yang lebih kecil).

Sesuai untuk semua peringkat umur dan pastinya ia mesra pengguna.

Cupcake recipes

Adakah anda salah seorang peminat kek cawan? Pernahkah anda teringin dan terfikir untuk membuat kek cawan sendiri?

Dengan aplikasi Cupcake recipes ini, anda bukan sahaja boleh mempelajari pelbagai resipi tetapi juga boleh belajar bagaimana untuk membuat kek cawan.

Pelbagai resipi kek cawan mudah boleh diperoleh secara percuma di sini dan ia memudahkan anda mempelajari asas pembuatan kek cawan dan resipi yang disediakan bermula daripada resipi klasik hinggalah yang ‘mewah’.

Resipi yang ditampilkan juga cukup mudah dan senang dibuat dan diikuti.

Dengan adanya aplikasi ini ia bukan sahaja menjadi anda seorang pembuat kek cawan yang tegar tetapi ia memudahkan anda dengan bahan-bahan seminima mungkin. Navigasi aplikasi Easy Cupcake Recipes ini bukan sahaja sangat mudah untuk digunakan tetapi ia juga cepat dan mesra pengguna.

Seminit Resepi

Ini adalah sebuah platform perkongsian resipi masakan menarik yang disampaikan melalui video pendek untuk memudahkan rujukan anda.

Seminit Resepi mempunyai pelbagai koleksi resipi masakan yang sentiasa ditambah dan dinaik taraf kualiti video panduan memasak.

Antara jenis resipi yang disediakan ialah resipi masakan harian, resipi lauk, resipi snek, resipi kek, resipi biskut raya, resipi diet dan resipi masakan Barat.

10000+ cake icing ideas collections

Sekiranya anda mencari inspirasi bagaimana hendak menghias kek menggunakan aising, inilah aplikasi yang harus ada di dalam telefon bimbit anda.

Ia menyediakan pelbagai gambar menarik, reka bentuk aising kek dan turut disertakan arahan dan tutorial yang mudah.

Ramai berharap mereka boleh menghias kek sebanyak kek yang dihasilkan kerana kebanyakannya pasti akan terbantut dek kerana kekurangan idea.

Melalui aplikasi ini anda tidak lagi perlu susah hati kerana segala yang berkaitan menghias kek boleh diperoleh di sini.

Antara jenis dekorasi kek yang boleh dilihat ialah kek pinata, kek kahwin sacramento, tema musim luruh, stained glass, idea untuk kek coklat, kek mint cookie cream, kek kahwin dua tingkat, reka bentuk hiasan untuk kek bentuk hati, kek ombre ruffle, idea dekorasi easy star, kek hari jadi dengan nama, kek unicorn, kek slime dan dekorasi kek sempena Krismas.

Artikel berkaitan 

5 cara semarakkan motivasi pelajar dalam fasa endemik

“Kami bukan guru yang berprestasi lemah” – Cikgu Norazri

9 cara menghentikan tabiat makan berlebihan, elak obesiti


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan