Duta UNIMAS bantu perkenalkan universiti ke peringkat global
Iklan
Seramai lima pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dilantik sebagai duta UNIMAS bermula tahun ini hingga 2023, bagi membantu memperkenalkan universiti di peringkat global menerusi perkongsian pengalaman mereka semasa menuntut di sini.Ia juga selaras dengan objektif universiti pasca Covid-19 yang lebih memfokuskan keterlibatan pemegang taruh dengan mempergiatkan lagi jalinan kerjasama dengan negara asing melalui penglibatan pelajar antarabangsa di dalam program anjuran universiti tersebut.Penyerahan surat lantikan sebagai duta UNIMAS telah diadakan di Global Hub, UNIMAS dan disempurnakan oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.Lima pelajar antarabangsa yang dilantik menjadi duta adalah dua pelajar dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif iaitu Ahmad Izzeldin Ahmed Mohamed dari Sudan dan Putri Khairiyanti dari Pontianak, Indonesia.Manakala tiga lagi pelajar dari Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat adalah Mustafa Payendanik dari Afghanistan, Ajibola Olaide Olawunmi, Nigeria dan Muhammad Ridho Febryansyah, Jakarta, Indonesia.Turut hadir menyaksikan penyerahan surat lantikan kepada pelajar antarabangsa terbabit ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Ahmad Hata Rasit, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Thomas @ Kamarudin Kana, Pengarah Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko, Profesor Dr Tarmiji Masron dan Pengarah UNIMAS Global, Profesor Madya Dr Shanti Faridah Salleh.Sebaik sahaja surat lantikan diserahkan, telah diadakan majlis ringkas bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di samping menjalinkan hubungan erat bersama-sama duta UNIMAS agar pelantikan ini memberikan mereka perspektif baru di dalam program anjuran universiti.Baca juga 150 calon SPM 2021 ikuti program Jejak Cemerlang, bantu pelajar jawab soalan peperiksaan dengan betulBaca juga Pelajar UKM jayakan aktiviti perkhemahan, amalkan SOP dan pengurusan risiko yang ketat