273018319_301000445397673_4517832158760785445_n
273018319_301000445397673_4517832158760785445_n

150 calon SPM 2021 ikuti program Jejak Cemerlang, bantu pelajar jawab soalan peperiksaan dengan betul

webadmin
30 Jan 2022 03:08pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 150 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai di sini yang akan menduduki peperiksaan SPM 2021 tidak lama lagi telah mengikuti program Jejak Cemerlang anjuran Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) selama dua hari pada 27 dan 28 Januari di Menara Pernas.

Program Jejak Cemerlang yang memasuki tahun kelima itu merupakan salah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan memberikan pendedahan kepada cara menjawab soalan peperiksaan yang betul selain membantu pelajar SPM mendapat keputusan cemerlang dan meningkatkan prestasi pendidikan SMK Sri Pantai.

Ketua Pengawai Eksekutif Pernas, Mohd Hilalluddin Abd Shukor dalam kenyataan berkata, program itu telah membawa guru cemerlang dari Lembah Klang bagi membantu pelajar meningkatkan penguasaan mereka dalam mata pelajaran utama seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Islam.

"Selain daripada itu, pelajar-pelajar juga diberikan peluang untuk menyertai sesi motivasi bersama Ustaz Haris Ismail (PU Riz) pada hari pertama bagi memberikan motivasi dan meningkatkan kepentingan pendidikan selain membina personaliti dan moral yang baik,” katanya.

Baca juga Pelajar UKM jayakan aktiviti perkhemahan, amalkan SOP dan pengurusan risiko yang ketat

Baca juga Bengkel Asas Penulisan Berita beri manfaat kepada pelajar

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Mohd Hilalluddin berkata, sejak pemulaan program itu pada 2015, terdapat peningkatan secara konsisten dalam Nilai Purata secara keseluruhan dalam semua mata pelajaran setiap tahun.

"Untuk rekod, pada 2018 sekurang-kurangnya 80 peratus daripada pelajar SPM yang mengambil bahagian dalam program Jejak Cemerlang berjaya menamatkan pelajaran mereka dalam pelbagai bidang di universiti dan kolej, iaitu 130 daripada 150 pelajar,” katanya.

Jejak Cemerlang merupakan program CSR pertama Pernas tahun ini dan antara program-program lain yang akan diadakan tahun ini adalah Asnafpreneur, Bakul Rezeki dan program Kembali ke sekolah - BERNAMA

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok