UMT terima sumbangan zakat RM1.3 juta, manfaatkan 2,279 pelajar asnaf

Iklan
Naib Canselor UMT, Profesor Dr. Mazlan Abd Ghaffar melahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas kprihatinan badan-badan korporat terhadap pelajar UMT
KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menerima sumbangan zakat berjumlah RM1.3 juta daripada Badan-badan Korporat yang bakal memanfaatkan seramai 2,279 orang pelajar asnaf di UMT.Naib Canselor UMT, Profesor Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata, beliau rasa bersyukur dan berbesar hati serta merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua Badan Korporat yang terlibat dengan sumbangan ini."Alhamdulillah UMT menerima sumbangan zakat dari tujuh badan korporat iaitu Lembaga Tabung Haji, Etiqa General Takaful Berhad, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Perumahan Kinrara Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad.Baca juga UMT dan NUUz jalin kerjasama, fokus pelan pemulihan Covid-19Baca juga Pelajar asnaf dan B40 terima sumbangan kebajikan lebih RM10 juta daripada UMK"Selain itu, tambahan sumbangan sebanyak RM50,000 daripada Etiqa General Takaful Berhad untuk diagihkan khusus kepada pelajar UMT yang terjejas dengan bencana banjir," katanya ketika Program KPT Prihatin di Terengganu, Majlis Sanjungan Budiman dan Perasmian Bangunan Institut Berteknologi Marin pada 28 Januari lepas.Dalam pada itu, Datuk Dr Noraini Ahmad turut hadir ke kampus UMT juga bagi meneruskan misi #KPTPrihatin serta dengan menyempurnakan bantuan banjir kepada masyarakat yang terlibat.KPT Prihatin merupakan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha membantu para pelajar yang kurang bernasib baik terutamanya di kalangan B40 dan juga mereka yang terjejas akibat musibah.Melalui program ini, bantuan yang disalurkan oleh Institut Pengajian Tinggi (IPT) bukan hanya memanfaatkan para pelajar, malah ia turut disalurkan kepada masyarakat umum sebagai tanggungjawab sosial kepada komuniti umum yang terjejas akibat musibah banjir di seluruh negara.Ikuti juga kami di:Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/Twitter: https://twitter.com/GPSBestariYoutube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/Bagi Inisiatif KPT Prihatin pada kali ini, UMT dan UniSZA telah sama-sama bekerjasama dalam memperuntukkan sejumlah 1500 hamper dalam misi bantuan pasca banjir kepada mangsa yang terjejas di Terengganu.Noraini turut menyempurnakan perasmian bangunan baharu Institut Bioteknologi Marin (IMB) yang sebahagian besar bangunan ini merupakan makmal penyelidikan. Makmal ini telah siap dibina pada 8 November 2018 serta beroperasi pada awal 2021 secara berperingkat.Sebanyak 11 buah makmal di dalamnya serta berfokus kepada bidang kajian bioteknologi. Dua makmal di sini merupakan di bawah projek penyelidikan kolaborasi antara UMT dan Ghent University, Belgium, iaitu Makmal Bioinformatik dan sebuah makmal lagi dengan Ocean University of China di bawah program Joint - Academic Centre Marine Studies.