NILAI - Dua alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Fatin Wahidah Safiai dan Fatin Nurjihan Burhanuddin kini merupakan pengasas Banat Sandwich.
Kedua-dua alumni Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah itu memulakan perniagaan mereka pada tahun 2017.
Berbekalkan modal permulaan kurang daripada RM1,000, mereka nekad untuk memulakan perniagaan sendiri secara serius dan memilih produk sandwich berkualiti tinggi dan pasaran luar setelah membuat kajian kebolehpasaran.
Baca juga Konsep asas dalam perniagaan yang penting diketahui sebelum memulakan perniagaan sendiri
Baca juga Persatuan alumni USIM terima sumbangan rumah pejabat bernilai RM130,000
[caption id="attachment_34386" width="300"] Antara jenis sandwich yang mendapat sambutan ramai ialah Sandwich BBQ Chicken[/caption]
Setelah tamat pengajian, Banat Sandwich terus dibangunkan secara sepenuh masa dan masih rancak menerima tempahan daripada orang ramai sehingga ke hari ini.
Menurut mereka, oleh kerana permintaan yang tinggi sebanyak 600 hingga 1,000 kotak secara purata dengan 10 jenis sandwich, mereka telah menyewa dua buah rumah untuk dijadikan lokasi penyediaan dan pengeluaran.
Dalam pada itu, perniagaan itu juga dibantu oleh enam tenaga kerja dan tujuh penghantar secara separuh masa yang merupakan di kalangan pelajar USIM.
Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/
"Kepada graduan USIM yang ingin memulakan perniagaan, paling utama dalam diri perlu ada sikap sabar, sabar dan sabar, kemudian barulah usaha keras, modal dan sikap yang baik.
"Jangan jadikan wang ringgit sebagai pembakar semangat. Sebaliknya jadilah manusia yang berilmu dan memberi manfaat,” katanya.
GPSBestari ingin mengucapkan tahniah di atas usaha mereka berdua dan semoga kejayaan Banat Sandwich ini menjadi perangsang kepada pelajar lain juga.