UiTM dan KRS meterai MoU, tingkatkan pembangunan sukan ragbi

Iklan
WhatsApp Image 2022-02-04 at 9.53.48 AM

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) telah menjalinkan kerjasama bagi berkongsi kepakaran dalam pembangunan sukan ragbi di Negeri Selangor.

Iklan
Iklan

Hasil jalinan kerjasama itu dilakukan melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh UiTM, diwakili oleh Profesor Dr Roziah Md Janor dengan Presiden Kesatuan Ragbi Selangor, Syed Aldrin Syed Kabeer.

Iklan

Menurut Roziah, kerjasama strategik antara universiti dengan persatuan sukan seperti ini merupakan perkara yang banyak dilakukan oleh universiti luar negara dalam meningkatkan mutu kecemerlangan sukan ragbi seperti di New Zealand dan Australia.

Iklan

Baca juga Fakulti Pendidikan UiTM jalin kerjasama dengan KBRS

Baca juga Perkasa warga OKU di universiti, UiTM jalin kerjasama dengan Perkeso

"Kerjasama ini akan membentuk satu perancangan agar sukan ini dapat melahirkan pemain ragbi berkemahiran tinggi bersesuaian dengan hasrat kerajaan dalam meningkatkan mutu sukan negara, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara maju dalam bidang sukan.

"UiTM akan sentiasa membantu agensi luar untuk bersama-sama berganding bahu dan berkongsi kepakaran supaya program ini mendapat manfaat antara kedua-dua belah pihak,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Menandatangani MoU UITM dan KRS di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam, semalam.

Dalam pada itu, Roziah juga berkata, beberapa fakulti UiTM juga boleh turut terbabit dalam memberi kepakaran atau peluang kerjasama terutama dalam bidang penyelidikan dengan KRS.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

"Kerjasama ini diharap dapat membantu serta merancang pembangunan atlet dengan lebih teratur termasuk memberi peluang kepada pemain ragbi Selangor yang berkelayakan dan berpotensi melanjutkan pengajian ke UiTM.

"Seterusnya mewakili pasukan UiTM Lions ke kejohanan di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa,” jelas beliau.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pengarah Pembangunan Pelajar, Dr Shahsuzan Zakari, Pengarah Pusat Sukan, Encik Jalaludin Hussain dan pegawai – pegawai sukan UiTM.