Murid sekolah tidak perlu diasingkan sekiranya tidak divaksin - PIBGN
Iklan
SHAH ALAM - Murid sekolah yang tidak divaksin tidak perlu diasingkan kepada dua kumpulan kerana kanak-kanak masih mempunyai sistem imuniti yang tersendiri dan berkemungkinan boleh menahan jangkitan Covid-19.Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Dr Mohamad Ali Hassan berpendapat bahawa kajian mendalam tentang keberkesanan pengasingan murid yang sudah dan belum menerima vaksin perlu dilakukan."Persoalan sama ada mereka patut diasingkan atau pun tidak bukan sahaja menjadi tanda tanya kepada kanak-kanak, malahan golongan pelajar dewasa juga.Baca jugaKKM buka PPV Sekolah selewatnya 14 Februari iniTiada kesan sampingan serius pengambilan vaksin dalam kalangan pelajar sekolah"Sudah ada cadangan bahawa langkah terbaik adalah dengan melakukan pengasingan seperti dilakukan terhadap ibu bapa tidak divaksin yang dilarang hadir ke sekolah," katanya ketika siaran langsung Wacana X Sinar Bestari, pada Selasa.Turut hadir ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam, Datuk Azizi Abd Hamid.Dalam pada itu, Azizi berkata, pihaknya sentiasa menambah baik prosedur operasi standard (SOP) di sekolah dengan mengadakan perbincangan bersama guru besar.