Pelajar IPT dibenarkan masuk kampus mulai 1 Mac
Iklan
KUALA LUMPUR - Kerajaan membenarkan kemasukan ke kampus bagi pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula 1 Mac ini secara berperingkat.Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Kuartet Covid-19 ke-12 pada hari Selasa lalu yang memperhalusi cadangan daripada KPT berhubung kemasukan pelajar ke IPT termasuklah merangkumi universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan IPT swasta.Dalam usaha memastikan pelajar kembali dengan selamat, KPT bersama Kementerian Kesihatan (KKM) telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang wajib dipatuhi.Baca jugaPenutupan sekolah adalah langkah terakhir – KhairyRadzi bawa anak bongsu ambil vaksin, PICKids ternyata cepat dan teratur"Antaranya ialah jumlah kemasukan pelajar 70 hingga 100 peratus secara berperingkat mengikut kapasiti IPT dengan pelajar dan staf yang lengkap vaksinasi dan tidak lengkap vaksinasi dibenarkan masuk kampus."Bagi pelajar yang tidak melengkapi vaksinasi, mereka perlu membuat ujian RT-PCR dengan keputusan negatif tiga hari sebelum memasuki kampus."Ujian pengesanan Covid-19 menggunakan kaedah RT-Ag juga perlu dilakukan seminggu sekali bagi mereka yang tidak lengkap vaksinasi," katanya dalam menerusi satu kenyataan, pada Rabu.Beliau juga berkata, bagi pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu, hanya mereka yang lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan masuk ke Malaysia dan wajib menjalani tempoh kuarantin selama tujuh hari atau lima hari setelah mendapat dos penggalak.Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa IPT perlu mempunyai kapasiti untuk menampung bilangan pelajar yang hadir secara fizikal dan sentiasa mematuhi SOP pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang ketat, manakala PdP secara hibrid dan/atau secara dalam talian juga dibenarkan.