Serdang Angels UPM terus cakna, hulur sumbangan kepada universiti menerusi 3 saluran
Iklan
SERDANG - Keperihatinan Alumni Serdang Angels dari Universiti Putra Malaysia (UPM) diteruskan dengan menyumbang semula kepada alma mater melalui tiga saluran, baru-baru ini.Sumbangan dibuat menerusi tabung 1 Alumni 1 Sumbangan Ringgit (1A1SR), melalui alumni scholarship dan juga Putra Cakna: Alumni Care Heart to Heart (H2H).Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Profesor Madya Dr Arba’ie Sujud bekata, pihaknya menyambut baik setiap sumbangan yang diberikan oleh alumni dalam kebersamaan membantu para pelajar dan universiti mencapai kecemerlangan akademik.Baca jugaKerjasama BJIM USM dan TERAJU perkasakan produk gula apongPernas anjur Program Jejak Cemerlang, sasar peningkatan keputusan cemerlang pelajar SMK Seri Pantai"Peranan alumni kepada alma mater adalah berterusan untuk bersama meletakkan institusi yang disayangi pada tahap terbaik menerusi graduan cemerlang akademik dan kokurikulumnya," katanya.Dalam pada itu, bersempena dengan Program Menggamit Seribu Kenangan: Alumni Reunion (MEKAR), UPM turut mengadakan Kejohanan Ragbi Sentuh Piala Hamdan, pada penghujung Januari lalu."Kejohanan Ragbi Sentuh Piala Hamdan 2022 merupakan hasil kerja alumni Serdang Angels khususnya graduan sekitar tahun 90-an bagi memberikan penghormatan selain memperingati jasa serta nilai yang diterap dan ditinggalkan oleh Allahyarham Norsuhaimy Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Hamdan."Beliau merupakan seorang kapten beberapa pasukan Serdang Angels dan amat kukuh prinsip sepasukannya, profesionalismenya serta persahabatannya," jelasnya dalam satu kenyataan.