5 tip untuk pelajar ikuti sepanjang mengulang kaji pelajaran

Iklan
Setiap pelajar perlu menetapkan matlamat untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan.

"Berjam-jam aku habiskan masa mengulang kaji, tapi satu pun aku tak boleh ingat.”

"Belajar waktu sunyi pun otak tetap tak boleh terima. Apa yang aku harus buat?”

Iklan
Iklan

Adik-adik, pernahkah anda mengeluh seperti contoh di atas ketika sedang mengulang kaji?

Jika ya, apa yang para pelajar lakukan? Terus menelaah pelajaran atau tidur?

Iklan

Bagi membantu pelajar menyelesaikan situasi ini, Sinar Bestari senaraikan beberapa tip menarik untuk pelajar ikuti seterusnya kekal bersemangat mengulang kaji pelajaran walau apa jua halangan dan dugaan akan datang.

Berikut lima tip yang dimaksudkan Sinar Bestari untuk para pelajar amalkan bermula hari ini.

Iklan

Jom kita tengok!

1) Tetapkan matlamat

Meletakkan matlamat di sini bukanlah bermaksud menyasarkan untuk mendapat A+ dalam peperiksaan. Bagaimanapun, keinginan mahukan A+ sepatutnya tetap menjadi matlamat utama kerana semua pelajar inginkan kecemerlangan.

Sebelum mencapai matlamat utama tersebut, adik-adik perlu meletakkan matlamat yang kecil-kecil terlebih dahulu. Contohnya, hari ini anda mahu menghabiskan dan memahami satu bab kecil dalam mata pelajaran tertentu.

Kredit Foto: Pexels

2) Memberikan ganjaran

Selepas berjaya menghabiskan satu topik kecil tadi, pastikan adik-adik beri ganjaran kepada diri sendiri. Ganjaran itu tidak semestinya barangan mahal sebaliknya ikutlah kemampuan diri.

3) Kenal pasti masa belajar untuk diri sendiri

Ambil masa untuk mengenal pasti pada waktu bilakah anda dapat mengoptimumkan pemahaman terhadap apa yang dipelajari.

Jika adik-adik seorang ‘morning person’ tetapi memilih untuk mengulang kaji sehingga lewat malam, perkara tersebut sebenarnya tidak membantu anda mengingati pelajaran kerana akan kehilangan fokus.

Kredit Foto: Pexels

4) Rehat

Anda telah membaca buku lebih 10 kali tetapi tetap tidak dapat menangkap sebarang isi yang perlu difahami. Pernahkah pelajar mengalami situasi seperti ini ketika belajar? Sebenarnya, perkara itu merupakan petanda untuk memberikan minda berehat. Jadi, ambillah masa sekejap untuk menghilangkan tekanan. Sinar Bestari yakin dengan cara ini, ia akan membuatkan minda anda kembali segar dan dapat meneruskan proses mengulang kaji semula.

5) Mulakan dengan yang paling mudah dahulu

Jangan mulakan ulang kaji mengikut turutan topik sebaliknya mulakan yang mudah terlebih dahulu.

Mengikut kajian, jika pelajar memulakan ulang kaji mengikut topik yang senang masa yang diperlukan untuk menghabiskan topik-topik awal akan menjadi lebih cepat dan ini akan meningkatkan motivasi untuk meneruskan aktiviti seterusnya.